Sunday, December 5, 2010

LAGI KEHILANGAN....

Pemergian seorang sahabat...rakan sekerja...malahan adik pada aku selama bertugas di Jabatan Veterinar Negeri Pahang..sahingga aku bertukar awal 2007...Pemergian pada 13 November...3 hari sebelum menyambut Aidil Adha..panggilan petang sabtu tarikh tu..mengejutkan aku..Zainal telah kembali ke rahmatullah...pergi nya dia ketika masih lagi menjalankan tugas mencari rezeki sampingan...pemergian yang tiba2..dipadang rumput untuk mencari makanan untuk ternakan....aku bergegas ke Htaa dlm jam 5.30ptg pada petang sabtu...ramai nya sahabat handai..kenalan dan kaum keluarga allahyarham...dari situ jenazah dibawa ke Masjid Tengku Afzan di Indera Mahkota pada pukul 6.45 petang...dikapan dan disembahyangkan selepas solat Maghrib....selepas tu jenazah dibawa
ke Masjid Sungai Karang Pantai...disembahyangkan sekali lagi selepas solat Isyak...hujan renyai2 mengiringi jenazah beliau semasa dibawa dari Indera Mahkota ke Masjid Sungai Karang seterusnya ke tempat persemadian Allahyarham yang terakhir.....betapa ramai nya keluarga..kenalan..rakan saudara mara yang aku pasti mengenali dan menyukai Allahyarham semasa hayatnya..ketika dibwa ke tempat persemadian malam tu....hujan tiba2 berhenti ..dan Allah memudahkan urusan persemadian Allahyarham...itulah perjalanan terakhir seorang sahabat yang banyak membantu..menolong dan tidak pernah berkata tidak jika aku memerlukan pertolongan...Zainal Abidin....semasa hayat mu....bibir mu sentiasa tersenyum....dan senyuman itu kau bawa hingga la keakhir hayat mu...Alfatihah untuk mu...semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang2 yang soleh dan beriman....Amin...
Secebis kenangan aku abadikan semasa aku dan Allahyarham Zainal serta rakan2 berkunjung ke Sarawak...lawatan yang masih segar dalam ingatan.....



Monday, November 15, 2010

BESDAY...


Lama aku dan kedua dua keluarga tidak berkumpul...mula2 dulu masa aku pindah rumah..pas tu bila berkumpul kena bagi2...dua keluarga tidak pernah dtg serentak semua sekali.. bagi merealisasikan hasrat abglong untuk mengumpulkan adik2 beradik kedua2 keluarga aku penuhi hasrat itu.... sempena sambutan hari lahir abglong ke 51 tahun....setengah abad lebih.....pada 20102010..diraikan abglong pada 23102010.. Juadah laksa pahang...roti jala...puding buah2an..cokelat kek, temosa&karipap...seronok...gembira...dengan bermacam telatah..gelagat..anak2 buah....riuh rendah dengan hilai tawa sambil makan2...

Wednesday, October 20, 2010

20102010


Hari ni adalah tarikh yang istimewa bagi suamiku yang tidak pernah menyambut hari lahir secara majlis atau pun apa2 keraian...sambutan untuk aku dan anak2 sebenarnya pun tidak pernah diberi perhatian ....jadi sambutan sekadar sebiji kek dan ucapan sahaja lah....tapi berlainan pulak hari ni...tarikh hari ni 20102010 begitu menarik perhatian suamiku untuk mengajak aku menyambut nya dengan adik-adik beradik kami berdua...hari ni Rabu 20102010..hari jadi yang ke 51 tahun dan akan diraikan bersama adik2 pada sabtu ni disebabkan hari ni hari bekerja, walaupn kami ber2 cuti rehat hari ni.....sempena hari lahir ni aku mengabadikan sekeping poster untuk kenangan walaupun tidak sempurna mana...

Selamat hari lahir, selamat hari lahir, selamat hari lahir ayah...selamat hari lahir...semuga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik oleh Allah s.w.t hendakNya.....amin.....

Friday, September 24, 2010

PENGHUNI SETENGAH ABAD....

Aku view kan post ni sempena hari lahir yang ke 50 tiga hari lepas walaupun tiada sambutan yang diraikan....biasa lah...terima kasih pada adik2 anak2 buah saudara mara sahabat dan rakan yang sudi mendoakan aku diruangan FB.....
Syukur Alhamdulillah ..syukur kepada Allah kerana memberi peluang menjadi penghuni dunia ini hingga saat ini ...21 September 2010...genap 50 tahun aku hidup setelah mak melahirkan aku pada 21 September 1960 , hidup dengan penuh kasihsayang bersama mak/ayah dengan dikelilingi oleh 10 orang adik perempuan dan 3 orang adik lelaki...betapa berertinya makayah dan adik2 dalam hidup aku...banyak kenangan manis pahit yang dilalui bersama dalam mengharungi kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran ini....terutama pemergian ayah pada 22 Januari 2005 tidak mungkin luput dari ingatan....kenangan bersamanya tetap segar..dan ayah tetap ujud dihati aku hingga nafas aku terhenti.......moga ayah dirahmati Allah swt dan ditempatkan disisi orang2 yang soleh ....AL - FATIHAH...
Sempena sambutan Jubli emas genap setengah abad hidup aku ni...memang banyak sebenarnya kenangan, cerita, dugaan...manis pahit sedih sepi sunyi sakit ....dirasai..dilalui...dideritai...dan akhirnya disimpan dilubuk, disudut hati...cabaran demi cabaran datang .....badai ribut melanda.....aku harungi dengan penuh sabar...tabah...walaupun kadang kala aku kalah dengan airmata ......hidup ni memang perlu banyak pengorbanan...kena berkorban....banyak memikirkan kepentingan orang lain dari diri sendiri.....
Perjalanan kehidupan yang panjang selama 50 tahun ini begitu banyak menyimpan sejarah...sejarah kisah semasa kanak2, remaja, dewasa dan hingga kini berkeluarga...
dalam perjalanan hidup dipentas dunia ini..... yang pasti dapat aku simpulkan adalah perbuatan baik akan dibalas baik..dan jahat akan tetap dibalas jahat ..tak kira lah cepat atau lambat pembalasan akan tetap diterima.... pembalasan dari Allah SWT...Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Adil ..Yang Maha Mengasihi......Amin....


Monday, September 20, 2010

KEHILANGAN...SAHABAT....

Al fatihah buat sahabat ku Kamariah.....lebih disenangi dengan panggilan Kama...kembali ke rahmahtullah pada 9 Syawal 1431H bersamaan 18 September 2010...setelah bertarung dengan kanser selvik....

Sayang aku tidak di sisi arwah saat2 dia tenat hari tu kerana dalam perjalanan ke UITM Jengka menghantar ank buah.....apabila dihubungi oleh suami arwah, Wan Nasir..aku memang risau d susah hati di sepanjang perjalanan..dan hati aku sentiasa berharap arwah tidak apa2...walaupun aku dapat rasakan degupan jantung yang agak berdebar2.....balik dari Jengka aku terus wad Htaa di tkt 4....diberitau oleh jururawat yang arwah telah tiada dan jenazah telah pun dibawa pulang...tak dapat aku rasakan kekesalan yang datang dalam diri....aku rasakan bahawa aku adalah seorang sahabat yang pentingkan diri...walaupn aku tahu penyakit dia dalam dua bulan seblm puasa...aku sempat kerumah nya pada hari aku ketahui dia diserang kanser pada tahap 3 ....hari tu aku memang lama ambik masa dan janji ngan arwah akan datang dan bawa dia kemana2 jika dia perlukan...tapi seme2 tu sebenarnya tidak aku buat dik sibuk dengan dunia kehidupan aku yang terlalu banyak perlu diuruskan.....dan dalam minggu pertama aidilfitri baru2 ni ...hati aku memang sentiasa teringat arwah dan berbicara sendiri dalam hati untuk kerumah nya....tapi dik kesibukan masa tu la aku terlupa....dn bila teringat aku janji lagi ngan hati aku....mmg tak patut betul aku ni....hingga la aku dapat panggilan yang arwah tenat dan akhirnya arwah kembali kerahmatullah.....

Ingin aku abadikan kisah pertemuan dan persahabatan aku dan arwah Kama....
Perkenalan kami adalah sekitar tahun 1978 - 1979 mulanya...ketika aku bekerja sambilan di Emporium Kuantan ..( tapak Courts sekarang ) di Jalan Bkt Ubi.....masa tu aku tunggu result exam...disitu aku kenali Kama....kami sama2 kerja di Department yang sama iaitu Department pakaian lelaki setelah aku ditukarkan dari Department wanita....banyak sangat kenangan masa kerja disitu...persahabatan kami berterusan hingga aku berhenti kerja dan bertugas di MPK..dan Kama masih lagi menjadi sahabat dan kebetulan dia berkawan dan seterusnya berkahwin dengan Wan Nasir....sahabat sekampung aku.....banyak kisah2 manis yang kami lalui..malahan rumah Kama..mak/ayah Kama memang tidak asing bagi aku masa tu...setelah berkahwin..aku mmg tak banyak masa dengan Kama...cuma sekali sekala jumpa...dan kerumah nya pun bila kelapangan yang agak terhad....mmg tak dapat nk rapat lagi...dia dengan kesibukan sbg suri rumah sepenuh masa dan aku dengan urusan kerja yang tak pernah habis, walaupun begitu kami masih berjumpa bila ada kenduri kendara di Beserah....
Pemergian Kama pada aku, begitu mengejutkan sangat2....lebih2 lagi mengetahui yang arwah tidak memberitahu tentang penyakit tu pada peringkat awal pada keluarga... dan tidak mahu ke hospital untuk rawatan....cerita yang aku ketahui dari anak2 arwah dua bulan dulu...kesal jugak hati aku kerana tidak berjumpa arwah saat2 beliau perlu teman/sahabat disisi...yang dapat berkongsi ke..atau bercerita tentang sesuatu dihati...tapi semua nya dh terlambat ...dh berakhir kini...cuma kekesalan dihati ...dan kekangan masa yang sentiasa cemburukan aku...smpai aku lupa yang aku mempunyai seorang sahabat ..yang pernah aku curahkan isi hati aku yang satu ketika dulu yang pernah dihina dan dilupai oleh sesaorang yang juga telah pun pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya...AL fatihah.....

Semoga aman lah wahai sahabat ku ...dan doaku agar roh mu ditempatkan disisi orang2 yang beriman dan beramal soleh..dan dirahmati Allah S.W.T...

Wednesday, September 15, 2010

KESUNYIAN

Kesunyian akan melanda bila bersendirian....jadi aku mengambil kesempatan ini untuk mengabadikan sesuatu tentang kesunyian di ofis ketika semua rakan masih bercuti raya....satu artikel yang dibaca menarik perhatian dan dorongan untuk dikongsi bersama dlm blog ini supaya ianya tidak hilang begitu saja.......

" Apabila bersendirian ...hati sering dilanda sunyi dan sayu...bahkan tidak keruan jadinya....dan sepi terus menghantui diri apabila terkenangkan sesaorang yang pernah menghuni di hati.....
Ada saatnya kita perlu mengasingkan diri dari sebarang gangguan dan ingin mencari ketenangan apabila hati tergugat dek perkara yang meruntum perasaan. menggetarkan jiwa, bahkan membuakkan rasa cemburu dalam dada......kesepian itu sering mengundang perasaan bukan-bukan.....
Jika masih sukar menepis rasa sepi, cuba kaji diri untuk melakukan perkara berikut :

* MAHA PENCIPTA
Kembalilah kepada Pencipta.Mohonlah petunjuk dariNya supaya perkara lalu itu dapat mematangkan diri.Kita perlu lebih berhati2 dalam menjalani hidup ini dengan lebih tabah dan kuat. Ingatlah setiap kejadian yang Tuhan cipta mesti bersebab dan jadikan sebagai kayu pengukur keimanan kita terhadapNya.

* PERBAIKI DIRI
Jangan sekali2 berubah kerana ingin memenuhi tuntutan orang yang telah meninggalkan kita (contoh bekas kekasih ke, suami ke ), tetapi yang wajar di buat adalah memperbaiki diri dari pelbagai aspek kerjaya dan kewangan serta bina keyakinan diri yang mantap demi masa depan lebih stabil....ditujukan khas untuk adikku zarila .... Ketahui lah apabila kita sudah takluki semua perkara yang dinyatakan dengan keadaan yang baik, di situ juga anda mungkin akan mudah dikelilingi ramai orang yang suka mengambil kesempatan keatas diri kita...berwaspada lah... dan lakukan perkara berikut di bawah...agar kesunyian tidak bertapak dihati dan perasaan.......

* BERCUTI

*JUMPA KAWAN

* BERSENAM

* KEMBALI NAKAL

*BERMESRA DENGAN KELUARGA

* TEROKAI DUNIA BARU

* SUKARELA

* PANDANG KE HADAPAN

Monday, September 13, 2010

hawa dinginnnnnnnnnn...............

Dibilik sempit ....aku sendirian...entah kemana dia....dan entah apa yang dibuat oleh dia...yang pasti keadaan begitu hangat...panas...mengantuk....dan tak selesa nak buat kerja....
sebenarnya ni adalah situasi aku sekarang...pada 4 syawal ni...dh mula kerja....orang pun tk ramai kt dalam pejabat ni....di unit aku cuma 3 orang aja datang bekerja...dia yang sorang tu dh hilang balik umah mandi d solat katanya....belum lagi nmpak muka...dia yang tinggal lagi tu msh dok dlm bilik mcm aku jgk....dengan tingkap yang terbuka untuk membiarkan angin masuk....wlpun angin tu malu2 untuk terjah bilik aku....mana dia hawa dingin ni...tadi dtg kerja aku bayangkan yang aku akan kesejukan dik tk ada org ramai hari ni....hai nmpaknya lain pulak jadinya........
serba salah dibuat nya...resah...mmg resah...capai kerja....tk jadi gak...ngantuk...capai buku untuk baca lagi lah ngantuk nya....jadi elok la aku mula buka blog semula .....lama dh lupa blog sejak fb wujud ni.......lagipun JPN tak benar fb oii.....mau tk mau aku buka blog di dlm bilik sempit tnpa hawa dingin ni...wat catitan hilangkan mengantuk dan menunggu balik ofis sbb tk tahan panas tnpa hawa dingin....he..he..he..kt dunia ni gini pun tk tahan kan.......bukan tk tahan....tahan.....tapi tk leh lah nk wat kerja....lebih2 lagi aku puasa ganti..... resah...resah....dengan suara aku yang serak d sekali sekala sakit .....entah le..

Hari ni jugak pada jam 11 pagi tadi...aku bergegas ke HTAA....dimaklumkan oleh adik aku yang kawan aku Zainun tengah nazak....rupanya sesampai aku di ruang paking HTAA aku diberitahu Zainun telah pun kembali kerahmahtullah....
AL-Fatihah ........moga rohnya dirahmati Allah dan diletakkan disisi org2 yang soleh.... Nun...kwan lama semasa aku bertugas di Bhg Letak Kereta..MPK...kami sama2 anak sulung dari adik beradik yang ramai...jadi mmg bnyk la persamaan nya dari segi tanggungan dan kehidupan harian...dh kadang aku terfikir kenapa kami ber2 susah untuk memiliki cahaya mata ....kesian Nun tidak dikurniakan cahaya mata hingga kini...dan aku pula, hnya lah satu selepas lapan tahun berkhwin...Hanya Allah yang mengetahui akan hikmah yang diberikan kepada hambaNya....aku redha...dan harap Nun pun redha...yang pasti kini adik2 semua menghargai akan kami ber2..walaupun bukan itu yang dipinta... ....Amin.....

Saturday, September 11, 2010

LEMANG RAYA...








Pertama kali aku buat lemang di rumah....maksud aku bakar lemang dikawasan rumah...ramuan lemang tu dibawa oleh adik aku zarida d suami nya Zul....mika berdua ni mmg dh biasa buat lemang.....pakatan untuk membuat lemang ni mmg dari seminggu sblm raya lagi.... buluh lemang Sani ambik kat Sg Lembing....Beras pulut dan santan akhirnya dibawa kerumah pada kul 3 petang sehari sebelum raya....9 sept 2010 bersamaan 30 Ramadhan....sat tu bermula la kesibukan untuk membakar lemang......dan paparan ni menunjukkan betapa penatnya ...dok disisi api lemang dengan tekak yang kering d dahaga....dugaan...demi lemang....
Lebih kurang jam 7 ptg ..lemang masak... dan waktu berbuka pun akan sampai....
Kejutan pulak ...ingatkan dlm tiga family je yang nk berbuka diumah aku malam tu...dlm 16 org ...rupa2nya datang pulak family zarina adik aku....dia dlm sepuluh org...ps tu zarila d anak2...cuma cektam je tk dapat datang sebab buahhati dia ada balikkkk....he..he..he..sian kakak...kalu dia tahu ramai orang kt umah malam tu...mmg dia tk nak ikut balik sg isap...tapi tk pe la...dia nk jumpa bapakkkk dia ......mklum la...biskut chipsmore.....dan satu kejutan lagi...Mak pun sudi datang dengan sambal bilis d petai nya...sedappp.......
Riuh rendah la umah aku....seronok amat rasanya.....tapi sedih la...teringat kan Za d Lee kt Sabah.....Ha d Razi Kt Qatar....dan cikta pulak balik Ganu....Adik aku jejaka terlajak 2 orang tu...dimana ya......mmg tak masuk book....he...he..he..payah kit sebenarnya....sibuk la katakan...org bujang.....apa2 pun mmg meriah la....jom kita buat lemang lagi....buluh ada lagi lebih.......

































Wednesday, September 8, 2010

RUMAH..

Ni...nk kongsi pengalaman mengubahsuai rumah....mungkin betul atau tidak...aku cuma berandaian semua orang ingin mengubahsuai umah..membesarkan umah lah kata yang betul nya....aku?...keinginan memang ada sepuluh tahun dulu...tapi tk kesampaian ..hingga la awal 2010....Januari 2010.....bincang punya bincang...kata sepakat pun diambil antara aku dan bos kt umah ....disokong oleh bos junior....
bincang pun bkn sebarang bincang...bincang nk cari punca untuk biayai nya le...
Jadi kami ber2 dpt la dari along?..tidakkkkkk.......ceti?..ayoooo...nehi..nehi..tentulah dari KK....nasib lah ada pinjaman kerajaan...tidak jgn harap le aku dapat buat ubahsuai umah ni....tapi tidak lah begitu bagus disaat2 umur dh separuh abad ni baru gatal nak pinjam..sbb insuran nya banyak le kena bayar.apa2 pun nk selesa lah ...maaf selama ni pun selesa jgk...nk lagi selesa kononnya..pinjam le kami ber2....bnyk gak le...pas buat pelan ngan pelukis dari MPK....lama jgk la nk selesai pelan tu...dan bayaran nya pun agak berat gak le...tapi apakan daya kena buat jgk pelan tu sbb nk wat pinjaman kerajaan....ps tu kena cari peguam pulak...bnyk prosidur nya..tu le dulu malas nak wat ubahsuai ni...sebab nya aku le yang kena wat tu seme..wlpun bos ada...tapi.........ooops....tk leh cite kt blog ni....
ok...bab kontraktor pun satu hal lagi...bkn senang nk urus ubahsuai kan...tu bagi aku le....dan tabik la bagi orang yang kata senang urus tu....mmg ada orang bernasib baik dalam urusan ni...tapi nk cite kt sini tidak bagi aku..huhuhuhu.....
sbabnya saat ni ...saat nk raya ni...hari ni...msih lagi tidak beres...mybe aku diberi dugaan yang lebih oleh Allah dalam hal ni....ya le..dari awal lagi..bermasalah betul ngan kontraktor aku tu...nmpak mmg ok lah masa nk mula dulu...permulaan memang lancar dan cepat..hingga kena puji la ...bos kt umah lebar je senyum masa tu....
tapi apanya....ps tu lembab la pulak ...si kontraktor aku ni rupanya ...ada tempat lain wat....pekerja dia tk ramai...apanya..hancusss...le ni pun msh ada yang tak puas hati dan tk beres lagi.....lebih2 lagi longkang...si kontraktor ni rupanya senang2 ditipu nya aku yg kurang mahir bab belian barang2 nk wat umah ni...longkang dh la kecil dan bermasalah pulak ...frust beno2 bila aku tenguk longkang umh sebelah yang agak besar dan tidak bertakung airnya....aku cite bab longkang ni sbb bab ni la yang agak penting dari mula nk ubahsuai dulu....nnti aku letak le gmbar2 bab ubahsuai ni....

Friday, September 3, 2010

HIJRAH...JPN Pahang..Indera Mahkota

ooo...JPN Indera Mahkota, tempat kerja baru aku...setelah diberi penempatan oleh pihak JPA...balik dari Sg Petani...Jumaat..Isnin pagi aku tumpang Pn Aqilah ke Kementerian Pelajaran di Putrajaya...jam 4.00pg 2 ogos...aku tunggu beliau di Pam Minyak Petronas IM.... lebihkurang jam 8.00 pg aku sampai di Putrajaya..dn terus ke KPM...di situ aku diberi penempatan sebenarnya nya ...masa tu aku tk lah rasa risau..sebab nya...seblm tu Hanim mmg nk tolong tempatkan aku di Ktn..oleh kerana aku je sorang ...jadi peluang tu mmg ada la....dan sekiranya aku ditempatkan di Putrajaya pun hari tu..aku bersedia ...dan tentunya Pn Tanty dan Pn Aqilah menunggu....
Dalam jam 12 tngahri aku dapat surat untuk ditempatkan di JPN Pahang Kuantan...syukur Alhamdulillah.....harapan aku yang tersirat akhirnya dimakbulkan oleh Allah S.W.T...jutaan terima kasih kepada sahabat di BTM yang menolong.....dan yang mendoakan agar aku ditempatkan di sini.....suratan dan ketentuan yang pasti mempunyai hikmah ....
Jadi....bermula lah hijrah aku di Unit Latihan JPN Pahang pada 3 Ogos 2010....

Wednesday, August 4, 2010

KERJAYA BARU...

Alhamdulillah....bermula lah kerjaya baru yang akan mewarnai kehidupan aku ..yang pasti rezeki Allah ini akan dilaksanakan dengan semangat baru....
Bermula saat surat lantikan yang aku dapat ketika aku masih di Langkawi kerana lawatan sambil belajar dengan KESUKEP....aku mula resah juga memikirkan haruskah aku menerima jawatan ini...jawatan yang aku pertama kali mohon, ikutkan layak memang dh lama dulu patut mohon...tapi komitmen pada family melebihi segalanya ....jadi aku cuba mohon pada 02 Januari 2009 setelah 2 tahun di BTM dan berjaya menghadiri temuduga pada 24 Julai 2009 di Imigrisen Kuantan..... dan hasilnya aku calon simpanan.......hingga 24 Julai 2010....

Sepanjang perjalanan balek dari Jeti Langkawi...ke Jeti Kuala Perlis sehingga lah sampai Kuantan pada 5 pagi 29 Jun....Macam2 perasaan dlm jiwa sebenarnya.....gembira kerana dapat jawatan tu walaupun pertama kali temuduga, dan tentu nya suka sangat sebab berjaya dalam KPSL ni...tapi aku tidak dapat lari dari perasaan takut dan risau.....
Takut untuk ditukarkan ....dan risau meninggalkan keluarga, terutama nadirah.......

Setelah menerima surat dari tawaran dan surat lapur diri...aku sekali lagi risau...kena lapor kat Putrajaya...pas tu ke INTAN Sg Petani seminggu utk kursus asas....cm mana nak g ni.....
Dalam seminggu jgk aku rimas mengira menilai dan memikir sendirian...sebenarnya malas nk tunjuk risau...hati je berkata2 sendiri...
Mula la terfikir yang Puan Tanty disana...jadi bila dapat hubungi Pn Tanty...rasa mcm perasaan ni terus tenang je...Dia ajak ke kuarters nya... jadi memang settle tempat nk singgah tu..utk lapur diri pada pagi ahad ...25 Julai 2010.....tapi bab nk ke Putrajya tu pulak satu hal nya...
Aku hubungi Hanim..di AN...dia kan pergi sendiri...dok umah adik nya...rasa segan pulak hati nk tumpang.....tapi hati tetap berkata yang aku akan g jgk..beli je la tiket bas.......
Terfikir untuk hubungi Mariana Dato' Ismail ..tapi takut pulak ..kot2 dia kesana ngan suaminya...
tapi entah mcm mana satu hari tu dia pulak hubungi aku...ajak sekali kesana pagi Ahad tu...apa lagi ..Alhamdulillah ...jadi bertolak lah aku pada 25 Julai 2010 pada jam 3.30 pagi ke Putrajaya...
Sampai sana aku menaiki Bas JPA ke Sg Petani dan memulakan kursus hingga Jumaat 30 Julai 2010.....dan disana la nanti aku akan diberitahu penempatan kerjaya baru aku ....pergi kursus dengan debaran hati....untuk menunggu dimana la rezeki aku nanti....

Tuesday, June 8, 2010

CBY 997














Myvi yang dibaiki dah siap.Sori la masa hantar baiki tu lupa nk ambil gmbar..dh siap baru teringat nak ambik gmbar...so untuk kakngah ps ni elok-elok la bawa kereta..berhati hati ...jga untuk along beringat bawa keta jgn laju sangat....jadikan pengalaman lepas sebagai satu pengajaran pada kita...dan peringatan ini bukan lah untuk along dan kakngah saja...untuk long jgk yang pernah mengalaminya. Malas nk isi gmbar keta ni dlm FB..nnti segan ..ramai yg nmpak...so ...long isi je dlm blog utk ibu tenguk ps baiki...hrga baiki mcm hari tu ckp gak la...kurang 1.25 sen je ...ke 500rts....

Thursday, April 29, 2010

RINDU....& MOOD.....

Agak lama tinggalkan dunia blog ....rindu ada gak nk add balik....tapi entah bila aku nak mula balik..sejak dua menjak ni mood buat blog hilang entah kemana...bukan tk de cite nk tulis atau image nk add....tapi perasaan dan peristiwa yang berlaku dlm sebulan dua ni buat aku mcm dh tak guna lagi smbung blog ni kot.....

Friday, March 26, 2010

KENDURI DI LAMIR



14 Mac 2010 bersamaan hari Ahad ...aku berkesempatan ke Lamir bagi menghadiri kenduri aqiqah dan sambut menantu, kebetulan adik aku Za sekeluarga pulang bercuti dari Sabah sempena cuti sekolah ni... Jadi aku dan adik2 yang lain dapat lah berjumpa sama2...sambil menikmati masakan nasi, ayam panggang pusing, perut dimasak gulai lemak..aduhhh...enak betul rasanya...Tahniah juga buat Iman..yang dapat 5A dalam UPSR 2009...dan harap Iman pandai2 la jaga diri semasa belajar di Labuan, Sabah....

Monday, March 15, 2010

Gelagat kakngah di PLKN 24 Jan lalu...

Gelagat anakbuah semasa aku ke PLKN kakngah yang lalu..sebenarnya aku nak test cara masuk video je...aku sengaja pilih video ni ..dapatlah Orang Qatar lihat dan lepas rindu...pada mardiah, zaza2564 dan Ditirah..bleh lah cuba msuk video jgk.....ok...terima kasih pada Cik Yuni...

Thursday, March 11, 2010

HARI TERAKHIR PLKN DAN KEPUTUSAN SPM

Ni cite hari ni masa g ambik kakngah di kem kt Jengka..Selepas ambil kakngah di Kem Indera Pahlawan Jengka dimana hari ni adalah hari terakhir kakngah disana menjalani program khidmat negara, kakngah sedih sangat nk tinggal tempat tu...tapi apakan daya program tu 2 bulan je......ps tu kita me ke Sekolah Teknik Jengka bagi mengambil keputusan exam spm kakngah....begitu gembira kakngah bila jumpa geng2 dia...dia pulak siap kena pakai baju plkn...sian....tk leh melaram la nmpaknya.....Mak yang sama kesana pun sama berdebar menanti keputusan itu selain kakngah sendiri...tepat jam 11.00 pagi barulah kami semua dipanggil untuk melihat keputusan itu di Dewan Ibnu Sinar, disana riuh rendah lah tawa gembira kawan2 kakngah yang mendapat keputusan...seronok pulak ...sehingga kan aku memberi dia ruang dan masa untuk bersama kawan2 nya..ingat hati nk buat slide je bagi cite ni...ada masalah teknikal pulak,,,,apa2 pun ini lah gmbar seadanya....






Sunday, February 28, 2010

CROCS...



Crocs untuk dijual.....banyak kan.....ada lagi yang tak masuk dalam gambar ni sebenarnya.... jadi apa kata awakme tnguk2 dulu...ps tu bagi tau la mana satu pilihan....ya...bila tenguk, pegang dan pakai ...baru rasa ...ya la crocs yang aku jual ni ori dan harga nya berpatutan juga murah la dari kita beli di butik nya di ECMall....Crocs ni semuanya kepunyaan Anis...anakbuah Teacher Ma..guru tusyen Adib...aku kenal pun melalui Teacher Ma la...mulanya aku nak tenguk dan beli untuk anak2 buah dan adik2 je..tapi bila dia bawak banyak sangat minggu lepas..aku tolonglah panjangkan jualan pada kawan2....

Terima kasih pada adik2...adik2 ipar ...biras...dan kawan2 di unit aku...di pertanian yang memberi sokongan untuk membelinya...jadi pada sesiapa yang berminat pas ni boleh lah hubungi aku atau layari lah ..blog Anis...coolcrocs.blogspot.com

Saturday, February 27, 2010

KAKAK..

Gambar ini diambil di rumah pakngah ..masa majlis menyambut menantu...kakak pakai tudung hijau..zaza ada ambik gmbar kakak..tapi nmpak kecik...jadi nasib adalah sekeping ni hah...leh lah buat kenangan...suka sangat dapat pakai tudung...tapi tk sampai la balik umah....panassss....katanya....pulok doh........

Maulidur Rasul...12 R'awal 1431H


Sempena menyambut Hari Keputeraan Junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w ...sehari sebelum itu, pada 11 Rabiulawal 1431H adalah tarikh hari kelahiran anakku Adib....mengikut kelendar bulan Islam...jadi pada 25 Feb 2010, 11 R'awal 1431H...aku mengambil kesempatan ini untuk menyambut hari lahirnya yang ke 17 tahun bersempena Hari Keputeraan Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w ...semoga mendapat keberkatanNya.

Sunday, February 21, 2010

Menantu Pakngah......





Menantu pakngah yang disambut pada 20 Februari 2010 semalam...Sepupu aku Mizi dan Miza dah ada tanggungjawab sekarang sebagai seorang suami...tentu makngah gembira terima menantu perempuan ...dua orang serentak pulak tu..ya lah..selepas berarak ke Sri Damai pada 7 Februari lalu..dan 14 Februari ke Jengka...aku cuma ke majlis di Sri Damai sahaja.minggu dulu tu...dan minggu ke Jengka aku ada hal yang tidak dapat dielakkan...menziarahi kenalan lama masa tinggal di Beserah dulu yang pulang kerahmahtullah..Kak Zan Kadir...Alfatihah....
Berbalik kepada cerita menyambut menantu semalam..memang meriah lah...kesempatan berjumpa kawan dan kenalan lama dan family makngah yang lama tak jumpa..terutama Mekjah..adik makngah...dlm 20 tahun lebih gak tak jumpa...sedih gak semalam bila jumpa...puas jugak dia nak mengingati aku....tapi akhirnya..dengan perasaan sebak dan linangan airmata dia memeluk aku ...sedih cmpur gembira.....sambil menyebut nama aku...tu la masa banyak merubah hidup kita...dari segi fizikal terutamanya....