Wednesday, December 19, 2012

MANUSIA TIDAK AKAN DAPAT MENGAWAL MANUSIA

Betul?...boleh kawal ke...bagi aku tak..tak..dan tetap tidakkkkk....manusia selamanya tidak akan dapat mengawal manusia, kita perlu kembali kepda Pencipta manusia...mari kembali kepada Allah....kembali kepada fitrah....
Aku bukan nak cite bab semua manusia...nk ambik sorang je manusia yang jadikan contoh tak boleh dikawal tu...ambik sorang je manusia yang paling dekat dengan hati, diri dan kehidupan aku..
Dan hakikat sebenarnya aku tidak suka dan mahu mengawal...wlpun aku sebenarnya dikawal.....
Ni..Ironinya di tengah-tengah kemelut hidup yang maha dahsyat ini ko masih lagi lebih prihatin malah berminat dengan gajet-gajet teknologi berbanding persoalan hati. Betapa lebih serius untuk servis kereta berbanding servis hati......Kereta dicuci, dihias dan paling teruk di tukar dan diletak pelbagai aksesori, sedangkan jiwa, fikiran dan emosi terbiar kotor dan berkarat.........dan yang paling paling paling dahsyat lagi ialah ko tidak memikirkan atau merasakan betapa sukarnya orang2 yang ko kawal itu menyelesaian masaalah yang ko ciptakan dan impian hati naluri dan kemahuan ko yang ko mahu segala nya tertunai.....sukar..sukar..dan sukar nya mengubah kehidupan ini jika tidak dapat mengawal dan mempunyai rasa utk mengawal....masih ada lagi ke harapan untuk mengawal atau segala sudah terlambat....yang pasti aku kena kembali kepada Allah dan fitrah jua akhirnya.....

Wednesday, August 8, 2012

Bertemu kembali di laman yang dah lama tak ada catatan kenangan, biarpun beribu kenangan berlalu sepanjang tahun 2011..namun aku biarkan je kenangan pengalaman tu pergi begitu saja walaupun di sudut hati kecil banyak yang aku ingin kongsi dan ceritakan di blog ni...kesibukan, ketiadaan masa dan menguruskan kepentingan lain melebihi diri dan kemahuan hati
membuatkan blog aku tinggal sepi...
Bagaimana nk mula ni...aduhhhh...pusing2 ni..dah mcam2 ayat dh di catat...aku delete..pas tu delete..delete lagi..entah la..
Hari ni aku ke Shah Alam bagi menziarahi arwah kak kunah yang telah kembali kerahmatullah subuh tadi 8/8...tarikh yang sama arwah dilahirkan...arwah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam...berdekatan tempat tinggal anak2nya...Dr Zeti dan Linda....Sedih apabila sampai disana aku agak terkilan dan hampa sekali kerana tidak sempat untuk menatap jenazah arwah buat kali terakhir...oleh kerana pengurusan jenazah di kawasan itu agak pantas...aku dan beberapa adik arwah tidak lah berkesempatan menatapnya...apakan daya ...arwah kak kunah selain dari isteri kepada arwah sepupuku..dia adalah ibarat sahabat dan rakan aku semasa bertugas di Jab Pertanian...arwah lah yang selalu menjahit semua baju2 kurung ku waktu tu sehingga aku ditukarkan selepas 12 tahun berada di jabatan itu...selepas berpisah dr jabatan tu kami masih lagi bertemu di kenduri keluarga..dan smpai la saat arwah bersara dan mengikut anak2nya tinggal di Shah Alam...arwah jatuh sakit pun aku ketahui lebihkurang bulan lepas je...ingt dalam minggu ni nak aku lawati arwah..tapi apakan daya..Allah lebih sayangkannya...tiada la rezeki aku untuk bertemunya...semoga roh arwah ditempatkan disisi para solehin...dan dirahmati Allah...Al Fatihah...