Sunday, December 27, 2009

JUMAAT 2009

Istimewanya Jumaat pada 2009 ni...artikel di Metro Ahad ..menarik perhatian  aku...
mengenai Rahsia Jumaat 2009.....
Aidil Adha disambut pada Jumaat 27 November 2009....
Awal Muharam 1431H bagi sambutan Maal Hijrah dirai pada Jumaat 18 Disember 2009....
Krismas jatuh juga pada Jumaat 25 Disember 2009...
Dan lebih bermakna tahun baru 1 Januari 2010 juga akan disambut pada Jumaat...dan
lebih indah lagi Maulidur Rasul pada 26 Februari 2010 juga jatuh pada hari Jumaat...12 Rabiulawal 1431H......
2009 akan berakhir dalam tiga hari lagi..memang unik bila kita lihat tarikh 090909...masa ni ramai pasangan kaum Cina mengambil kesempatan untuk berkahwin...nasib baik ia jatuh pada Ramadan..tidak tentu ramai pasangan Melayu yang bernikah masa itu.Selain 090909...20092009 lagi unik, apatah lagi ianya jatuh hari pertama kita meraikan Aidilfitri..
Apa pun Jumaat adalah hari kebesaran Islam yang digalak kita untuk memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT....

Saturday, December 19, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431H

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1431Hijrah...Azam?.....tentu nya aku ada azam setiap kali tahun baru menjelma..awal tahun mmg azam ada dlm hati...tapi tak sedar azam tu tertunai ke tidak bila tahun tu berakhir...kesibukan kadangkala menjadi aku lupa azam yang aku tekadkan berjaya ke tidak?????
Rasanya tahun ni aku kena azam untuk kuatkan semangat bagi sama-sama menghadapi tahun penentuan bagi anakku Adib yang akan menghadapi SPM... bukan apa ...risau jgk weh...bila kenangkan dia ...nampaknya aku kena banyak memantau dia tahun ni.....kena lebih dari biasa2...maklum lah...dia aku tinggalkan sorang2 bila balik dari sekolah.....Adib...mak harap adib akan buat yang terbaik...untuk masa depan Adib jgk.....