Sunday, November 27, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433H

Tahun Baru menjelma....1433H....azam dan keinginan baru juga menjelma buat seketika....ketika sambutan masih panas...tapi segalanya akan berubah bersama aliran masa dan keadaan..sama seperti tahun tahun yang lalu....apa apa pun azam dan keinginan tetap jua wujud disudut hati kecil ini  ..aku berharap dan berdoa moga Allah SWT sentiasa merahmati aku dan seluruh kaum keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan taulan, dan seluruh umat Islam di dunia ini....amin...SALAM MAAL HIJRAH ..


Thursday, November 24, 2011

Setelah 26 tahun berlalu......

semalam....23 November 2011....dah 26 tahun aku melayari kehidupan bersama seorang insan yang bernama suami....dianugerah satu2nya cahayamata.....Adib... dan dikurniakan satu2 insan istimewa... Nadirah.. bagi melengkapkan cabaran dan dugaan dalam mengharungi pahit manis hidup ini......
Alhamdulillah...cabaran & dugaan dapat aku harungi dengan izin dan pertolongan dari Allah SWT...kesabaran, ketenangan, ketabahan sentiasa berada dihati bagi mengekalkan kebahgiaan, keceriaan, kegembiraan...biarpun hidup ini penuh onak dan duri...seringkali jua dilanda ribut taufan diiringi hujan yang berterusan sehingga la pelangi menjelma memadamkan segala gundah  dihati......
Pengharapan yang tak pernah hilang dari lubuk hati aku...biarlah kesudahan hidup ini penuh dengan kedamaian dan ketenangan..walaupun semua itu semakin hari semakin tipis untuk dirasai bersama.....
Kesetiaan?....entah wujud atau tidak....seolah2 menyimpan seribu satu rasa yang tak pernah diluahkan ....kenapa tidak diluahkan? kerna.....
Kemesraan .... semakin lama semakin pudar...semakin tipis...semakin susut kerana dipenuhi oleh seribu penyesalan...kesedihan...kepahitan...kesakitan yang semakin hari semakin tebal dijiwa.....
Luahan rasa yang tidak sepatutnya dititipkan di laman yang indah ini...ketahui lah..demi pengalaman yang dilalui .....biarlah ianya menjadi coretan yang membezakan perubahan seterusnya mematangkan aku untuk membuat satu andaian....." wujud atau tidak...tiada bezanya..aku tetap begini...."

Wednesday, November 16, 2011

Adib...UiTM...


Alhamdulillah...syukur kehadrat Allah SWT diatas limpah kurniaNYA...mengabulkan doa ku agar anak ku dapat melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat pengajian tinggi....
Hari ini aku ...16 November 2011..adib mendaftar di UiTM Jengka... sebagai siswa baru aku doakan agar adib akan belajar sungguh2 bagi mencapai cita-citanya ..dan berharap agar dia tidak akan  melupakan janji2 nya untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran dan seterusnya merealisasikan segala impian nya suatu hari nanti...

Sebelum dapat masuk Uitm ni ..adib dapat tawaran belajo di Kolej Profesional Mara ...lbihkurang 5 minit je dari umah ...dan setiap minggu akan balik umah dan setiap hari kalu aku nak aku bleh jenguk ...tu pun aku rasa mcm sedih ingatkan dia....tak pernah pisah lagi ...dekat je jadi perasaan tu tak la teruk sangat ingatkan nya...

Selepas adib mohon masuk Uitm Julai 2011 , dan akhirnya diterima masuk...aku rasa gembira  + sedih...gembira sbb akhirnya apa yang adib nak dh dapat...dan sedih kerana akan berpisah jauh ngan adib..

                                           Semalam  sehari seblm daftar.....

kelam kabut juga fikirkan kesihatan adib...demam yang melanda adib dari Jumaat lepas hingga semalam tak kebah2 pun...aku risau...ajak adib ke Klinik Pesakit Luar ...ambik darah...dan adib suspect denggi...terkejut + risau pulak....doc suruh ambik  darah lagi esoknya sedangkan esok nya kena daftar kt uitm Jengka... doc juga beri 2 hari MC...celaru jugak la fikirkan nya...nk daftar cepat sbb nak dapat bilik dan tempat yang selesa seblm dipilih orang lain....ertikata nk smpai awal/dulu la kononnya...nasib juga ada kakngah syahirah..leh jugak wat berbincang bab ni perlahan2....jadi aku pun ambil keputusan dulukan ujian darah adib dari segala2 nya..

Hari ni ...sebelum bertolak ..awal pagi aku ke klinik dulu untuk ambik darah adib bagi mengesan atau mengesahkan denggi tu wujud dlm badannya...Alhamdulillah..syukur sangat2 ..dia tidak mengidap denggi..demam biasa dan batuk sahaja...agak lama jugalah sesi ambik darah d jumpa doc semula tu...lebihkurang 1 jam setengah aku selesai urusan kt klinik tu..dan terus bertolak ke UItm dalam jam 10 pagi...dan Allah mempermudahkan segala urusan aku..kerisauan untuk dapat bilik atau memilih kedudukan selesa dibilik selesai apabila segala perjalanan kesitu dipermudahkan Allah..ya la dpat masuk bilik lebih dulu dan dapatlah pilih katil dan almari dulu... biasa lah tu..kt bilik tu pun..mujur lah ada kakngah syahirah tolong kemaskan barang2 adib kerana dia masih demam lagi...segala2nya terpaksa aku dan kakngah tolong....terima kasih kakngah....tolong adib settle mana yg patut semalam....
kadang tu aku rasa mcm semacam je sbb selalu cite dan tulis kt blog ni cite2 cm ni...maklumlah aku ada sorang je zuriat...jadi elok ke tk ke aku tetap akan bangga dan syukur kerana Allah kurnia juga wlpun seorang...dan sentiasa bangga melahirkan dan menjadi emak adib.....satu2nya.....

Wednesday, November 9, 2011

SELAMAT HARI RAYA ADILADHA...


Selamat Hari Raya Aidiladha...
semoga segala amalan korban yang kita sertai diterima Allah SWT..

Setiap kali datang aidiladha aku akan mengulang cerita yang sama...cerita mengenai pemergian ayah takkala laungan takbir memuji kebesaran Allah masih berkumandang bagi merayakan hari ke 2 raya korban iaitu 11 Zulhijjah ...
Setiap kali datang aidiladha jua lah aku tak pernah jemu bercerita mengenai pengorbanan ayah..membesarkan kami 13 orang dengan penuh kasihsayang dan kesabaran yang tinggi...walaupun ayah bukan lah orang yg senang...dengan hanya ada sebuah rumah usang waktu aku dilahirkan....rumah yang berlampukan pelita minyak tanah dan sekali sekali berlampukan lampu gaselin apabila ayah tidak membawa kelaut untuk mencandat sotong....aku tahu saat itu hidup ayah hanya lah sebagai seorang nelayan....sebelum ayah bekerja sebagai buruh dan mandur disebuah organisasi badan berkanun....dari sebuah rumah yang agak uzur , ayah tukarkan ke sebuah rumah yang agak selesa..mempunyai 1 bilek dan dapur serta ruang tamu....ayah berkorban meminjam wang waktu itu dengan menggadaikan sebidang tanah yang amat disayangi oleh ibu..tapi demi memberi keselesaan kepada aku dan adik2 ..dan harapan nya tanah itu akan dapat ditebus semula...tapi rupa2nya ayah tidak dapat menebus semula tanah itu kerana terpaksa berkorban demi orang lain yang tidak mahu menepati janji...pengorbanan besar yang dilakukan oleh ayah dengan kata2 yang tak mungkin aku lupakan...." biarlah dia ambik, itu semua harta dunia...." 
Setiap pagi selepas subuh ayah akan bertolak ketempat kerja dibandar dengan menaiki basikal ..bayangkan lah waktu itu...dari rumah ku di Beserah ke Bandar Kuantan ( Bangunan Pejabat Agama Sekarang) kira2 8 km..melalui bukit beserah yang berliku....ayah mengayuh basikal...dan yang aku tahu ayah akan kelaut waktu cuti dan akan mengambil cuti sekiranya musim ikan banyak atau waktu musim sotong tiba.....aku sentiasa bayangkan kepenatan yang ayah rasai apabila balik dari kerja dibandar, mengayuh basikal kembali mendaki bukit dengan terik matahari...besarnya pengorbanan ayah untuk membesarkan kami....ayah tak pernah merungut....semua keperluan aku sekeluarga,  aku lah yang selalu ditugaskan untuk membeli atau mengambil barang keperluan dikedai runcit dengan menulis dibuku kecil (Buku 555)...dan apabila  ayah mendapat gaji aku juga lah ditugaskan oleh ayah membayar hutang2 itu...alhamdulillah...ayah sedaya upaya menyelesaikan bayaran2 bagi barang2 yang aku beli dari kedai....setiap kali ke kedai aku selalu mengambil peluang untuk membeli barang keperluan sendiri..tapi sentiasa diingat oleh mak supaya jangan terlebih..."kesian ayah nanti."..ketika itu ..untuk bekalan sebulan ..aku disuruh membeli 10 kg gandum...10 kg gula...dan beras apatah lagi....bayangkan lah sekarang ni..nak beli 1 kg gandum untuk rumah pun tk pasti leh habis ke tidak kan....aduhhh. masa tu tak dapat nak beli kueh kt gerai2 ataupun dari orang menjaja...kena la jimat dengan membuat kueh sendiri.."kesian ayah nanti nak bayar bnyak2.".tu la  kata2 ingatan yang mak cakap bila aku banyak membeli dari membuat kueh2 untuk makan adik2...jadi mau tak mau..kena la buat...terutama pagi2 untuk sarapan...
Ada satu kenangan manis yang tak dapat aku lupakan ....dimusim tengkujuh...waktu ayah tak bekerja...aku akan ikut ayah menjala ditepi laut cina selatan....bayangkan lah waktu tengkujuh...dengan kesejukan angin laut...kadang tu bersama hujan renyai2 ...masa tu  ombak pun tinggi...ikan belanok..tu la ikan yang menjadi kesukaan aku waktu tengkujuh tu...sekurang2nya aku tak payah makan ikan masin...maklum lah waktu tu nak beli ikan segar di pasar ...mahal....jadi bila dapat je ikan belanok tu...bawak balik goreng je le....dulu bila kena makan ikan masin...rasa tak suka sangat...tak macam sekarang...pantang mak buat ikan masin (mamba)..aku tak akan lepas peluang untuk bawak balik umah....

Ni satu lagi kenangan ketika ayah kelaut untuk mencandat sotong....apabila musim tu  tiba  ayah akan turun kelaut lewat petang..membawa bersama lampu gaslin, bayangkan waktu tu dengan perahu kayu kecil tanpa injin..dengan berkayuh sahaja ayah akan turun kelaut ...bayangkan juga waktu tu ditengah2 lautan cina selatan dimalam hari...dan pastinya aku dan mak akan menunggu ayah pada pagi esoknya dengan membawa basin untuk mengisi sotong2 yang dibawa balik ayah...aduhh..masa tu perahu ayah penuh dengan sotong2..pengorbanan ayah  untuk mencari belanja lebih bagi aku dan adik2 walaupun terpaksa bersaorangan dilautan luas dengan perahu kecil tanpa injin...


Mengenang segala2nya terutama dizaman kanak2 aku...mungkin agak berbeza dengan adik2 yang lahir dalam tahun2 yang berbeza...apa2 pun perbezaan  atau rasa dan  masa  berubah.... pengorbanan ayah pada aku dan adik2 hanya Allah saja yang dapat membalasnya...ayah tetap dalam ingatan ..dan tidak akan aku lupakan walau sesaat pun...semoga Allah merahmati roh ayah dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh dan beriman.....Al Fatihah...

Saturday, November 5, 2011

TAPAI PULUT....

 Selamat Menyambut Aidil Adha....

Setiap kali menyambut raya..tapai memang hidangan wajib la di rumah mak ...dulu2 mak la yang akan buat tapai ni untuk hidangan raya...dalam ramai2 anak mak...aku memang tk pernah wat tapai sendiri kt umah...cuma aidil fitri baru2 ni ejee datang wat kt umah.....dari situ rasa nak buat tu...wujudlah sikit2...sehinggalah semalam....aku cuba la buat sendiri ...dari  kukus pulut sampai lah ke bungkus hingga siap....





Ada la cite disebalik mula nk buat tapai ni....cadangan nak cari daun tu memang wujud masa kt ofis lagi lah..jadi anak buah kt ofis ni adalah ckp kalu cari daun tu ...tenguk2 la kot2 ada yang ikut balik....jadi petang khamis  balik ofis ps asar aku dan nadirah  terus la g kutip daun jambu laut..nun depan ofis Geo sains dan sk tamil kt IM....agak dalam kul 6.30 petang...hujan renyai2 pulak tu...kutip kutip...dan ps tu kutip jgak la bunga kenanga kuning kt tepi jalan tu....mmg wangi la...kata orang tua2 kena la minta izin ngan penjaga nya jadi aku pn berbisik la dlm hati ...pas tu bawak le balik umah daun jambu laut dan beberapa tangkai bungai kenanga kuning tu...

nk jadikan cerita pulak tu..entah la betul ke atau kebetulan ke...aku tk pasti..anak aku adib ni mmg suka sangat kuar malam main futsal dan kdg2 kuar minum ngan kawan selepas jam 10 malam...so malam wat balik daun2 d bunga2 tu adib kuar lah minum2 ngan kwan2 ..aku tertido tk sedar adib ni tak balik2...so terkejut je dari tido ..jam dh tunjuk kul 3.30 pagi gitu...hai..mana la pulok nya budak bertuah ni...aku bagi sms marah..tk di jwb nya..dgn rasa geram dan marah aku cal..dia jwab "mak, adib ada hal ni nnti adib cite kat mak, adib ngan aiman (kwan dia) ni..nnti aiman tido umah kita ya,..adib ok..keta mak ok...sbb dia bwak keta aku ...aku risau gak tu...hehehehehe..

...rupanya tau tak kenapa dia balik lambat tu..dan sebenarnya dia dah pun balik dlm kul 1 pagi...sebenarnya..dia...hehehhehehe....sebenarnya masa smpai kt depan pagar umah ps stop keta ...adib nk kuar buka pintu pagar..masa tu la dia terpandangkan satu lembaga putih..berdiri ditepi tiang batu pagar di sebelah dalam...jadi dia terkejut..lantas bawak keta kejalan besa semula..tk jadi msuk pagar la..dia round sekali lagi dari jauh..( dr kawasan bank rakyat...masih lagi nmpak lembaga putih tu dlm pagar sebelah kanan pulak...dia cal aiman minta temankan dia..dan ambik masa 2 ke  3 jam pulak la nk balik umah...sempat lagi la hilangkan takut kt taj...


yang aku hairan tu ..selama ni adib kuar balik awal pagi dr main futsal tk pernah pn dia alami peristiwa ni...kenapa hari aku petik daun2 jambu laut /bunga kenanga tu je  peristiwa tu adib alami...masa dia cite tu aku wat2 tak takut pun...sedang kan hati terasa gak sbb seblm tu aku ada la kuar umah masa tunggu dia balik dlm jam 3 lebih tu tinjau2 dlm pagar tmpat yg sama dia nmpak lembaga tu...

Ye ke?..ada ke ?..fikir2 kan la...apa2 pn aku mulai terasa seram gak ps malam tu..tapi adib..tetap gak dgn akitiviti biasa dia tu...main futsal lewat malam d awal pagi...apa2 pn aku tetap risau pasal tapai aku esok....jadi ke...tk jadi ke...wlau apa yg akan jadi aku tak akan putus asa untuk cuba cuba cuba buat tapai lagi untuk masa yang akan datang.....jom rasa...