Sunday, December 5, 2010

LAGI KEHILANGAN....

Pemergian seorang sahabat...rakan sekerja...malahan adik pada aku selama bertugas di Jabatan Veterinar Negeri Pahang..sahingga aku bertukar awal 2007...Pemergian pada 13 November...3 hari sebelum menyambut Aidil Adha..panggilan petang sabtu tarikh tu..mengejutkan aku..Zainal telah kembali ke rahmatullah...pergi nya dia ketika masih lagi menjalankan tugas mencari rezeki sampingan...pemergian yang tiba2..dipadang rumput untuk mencari makanan untuk ternakan....aku bergegas ke Htaa dlm jam 5.30ptg pada petang sabtu...ramai nya sahabat handai..kenalan dan kaum keluarga allahyarham...dari situ jenazah dibawa ke Masjid Tengku Afzan di Indera Mahkota pada pukul 6.45 petang...dikapan dan disembahyangkan selepas solat Maghrib....selepas tu jenazah dibawa
ke Masjid Sungai Karang Pantai...disembahyangkan sekali lagi selepas solat Isyak...hujan renyai2 mengiringi jenazah beliau semasa dibawa dari Indera Mahkota ke Masjid Sungai Karang seterusnya ke tempat persemadian Allahyarham yang terakhir.....betapa ramai nya keluarga..kenalan..rakan saudara mara yang aku pasti mengenali dan menyukai Allahyarham semasa hayatnya..ketika dibwa ke tempat persemadian malam tu....hujan tiba2 berhenti ..dan Allah memudahkan urusan persemadian Allahyarham...itulah perjalanan terakhir seorang sahabat yang banyak membantu..menolong dan tidak pernah berkata tidak jika aku memerlukan pertolongan...Zainal Abidin....semasa hayat mu....bibir mu sentiasa tersenyum....dan senyuman itu kau bawa hingga la keakhir hayat mu...Alfatihah untuk mu...semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang2 yang soleh dan beriman....Amin...
Secebis kenangan aku abadikan semasa aku dan Allahyarham Zainal serta rakan2 berkunjung ke Sarawak...lawatan yang masih segar dalam ingatan.....