Friday, September 20, 2013

Ya..Allah...Rindu nya pada mereka...... Al Fatihah...

Rindunya pada mereka...
Kerinduan yang tak pernah padam pada Ayah...hari ni berganda rupanya kepada Mak....Alangkah seronoknya jika mereka masih disisi...tapi apakan daya....Allah dah tentukan segala2nya...yang pasti aku redha walaupun penuh dengan kesedihan yang teramat sangat atas kehilangan kedua2nya ...jarak 8 tahun sesudah kehilangan ayah dalam keadaan mengejutkan, kini aku diuji dengan kehilangan Mak dalam keadaan yang sama...Pemergian Ayah pada 22 Januari 2005/11 Zulhijjah 1426H sewaktu sambutan AidilAdha kini diikuti Mak pada 02 September 2013/26 Syawal 1434H...selepas Aidilfitri .....
 
Ya Allah...Ampunilah dosa-dosa mereka, kasihani dan sejahteralah mereka, maafkanlah kesalahan mereka, muliakanlah kedatangan mereka, lapangkanlah kubur mereka dengan rahmat Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih......tempatkah lah mereka disisi orang2 yang beriman dan  redhai mereka ...Ya Allah yang Maha Penyayang.....
 
Ya Allah berikan lah kekuatan kepada aku dalam mengharungi kehidupan ini tanpa mereka berdua...
berikanlah kekuatan kepada adik2 ku jua....tabahkan dan damaikan lah kami semua walaupun tanpa mereka disisi...ketentuan Allah tiada siapa dapat menghalang..sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.... 
 
 

Friday, September 13, 2013

Destinasi percutian....

oooo..hari ni baru dapat ruang untuk publish bab ni...bab pergi bercuti Mei lalu...... dah lama sebenarnya tak pegi kemana-mana...banyak halangan dan kekangan masa...dan..yang penting ongkos nya....

Entah cam ne tiba-tiba teringat janji  dan cuti sem adib dah bermula aku pon cuba2 lah gatal tangan search web untuk tinjau2 tiket di laman yang mampu bagi aku "everyone can fly"...AirAsia...

Aku pilih destinasi dekat je..yang tak payah guna paspot...dan kebetulan adik aku zariza pon dok disana, janji adib dapat rasa lah naik belon bab kata orang Sabah...jadi beli le tiket g Sabah. 
Dah beli tiket untuk aku dan adib...teringat pula kat Muiz dan kakngah syahirah  ( 2 ankbuah aku yang aku rasa fre masa tu ...mereka nak join sekali)selesai beli 4 tiket, kebetulan pulak anakbuah aku yang di matrik dah habis exam nak join jugak...jadi kami ber5 pun sepakat bercuti ke Sabah pada 3 Mei hingga 7 Mei baru-baru ni...destinasi ke rumah adik aku Zariza......

Perkara utama dalam benok aku dalam sejak beli tiket tu adalah , "macam mana nk ke LCCT...aduhhh...yang aku pasti memang tak ada orang akan kami kesana dan membenarkan aku drive kesana nnti.....

Sehari sebelum perjalanan ke Kuala Lumpur untuk ke Lcct..jenoh la aku search web cm mana nak kesana..ada blog yang memberi maklumat berguna untuk aku ikuti kerana keadaan sekarang sudah banyak berbeza....yang aku pasti banyak kemudahan canggih yang disediakan......

Destinasi perjalanan kami bermula......

8.00 -   Menaiki bas dari Terminal Ktn ke Station bas Jalan Pekeliling
  Kuala Lumpur ( oleh kerana bas plusliner pilihan aku tiada tiket                 maka aku pilih Transnasional  - adalah pulok cite masa nk naik bas ni..smpai terminal jam 7.45 pg..aku pstikan yang anak2 buah dh smpai...Muiz ada, along firdaus ada..kakngah ni mana ya...terus hubungi....jawapan yg diterima..           " kakngah baru bangun ni."..terkejut aku seketika, tapi cuba tenangkan hati....  " long g je la dulu, nnti kakngah ambik tiket bas dan tunggu kt pekeliling"....aduhhh...cm ne ni...bas dh nk berlepas, sempat juga dpt pandangan dari en suami, " tya pemandu bas rehat kt mana, dan suruh je kakngah g kt situ"....aku hubungi kakngah dan bagi tau yg bas akan rehat di RnR Temerloh...dan disitulah kakngah dihantar oleh abahnya..kakngah bernasib baik sbb kebetulan abahnya balik dan baru je beli keta  untuk dia..heheheh..jadi kangah naik lah bas ke KL di station rnr Temerloh.....
Smpai di Stesyen bus Pekeliling @ Titiwangsa..ambik tiket KL Monarail untuk ke KL Central...oleh kerana masing2 dh lapo kami pilih untuk makan kt situ dulu sblm pilih untuk naik train je ke Lcct..so beli lah tiket KL transit..untuk ke LCCT..kena beli tiket ke Salak Tinggi dan smpai sana kena naik bas dlm 30 minit ke Lcct...dan kami terbang ke Sabah pada kul 5.25 petang...
agak kecewa dihati jugak lah kerana percutian ni diganggu oleh PRU13..hehehe..tiket dibeli awal2 lagi kan...so, byk masa dirumah je dan ditempat2 berdekatan je..memandangkan adikipar pulak balik ke semenanjung untuk mengundi..apa lagi nk kuar sebarangan takut jugak la ..bimbang suasana PRU 13 ni..apa2 pun terima kasih pada adikku Zariza kerana susahpayah melayan kami semua...Jika ada kelapangan dan ruang masa yang sesuai...Insya Allah... destinasi ni sentiasa dihati untuk dilawati....
 

Friday, January 11, 2013

Hari ni 11 Jan...kakak kena tahan kt wad 6c...gara2 masaalah baru dan penyakit baru kakak.....
Pagi tadi aku ke klinik komuniti semula selepas aku mendapat nasihat dan pandangan fidah mengenai cucuk insulin tersebut.....banyak perkara sgt kena fikir...Terima kasih pada DR HELMI, anak rakan baik aku Khalidah Hanim...mujurlah dia ada...sebenarnya dari klinik tersebut dh dpt dah suruh arah masuk wad..tapi bila smpai Htaa, aku terpaksa la menunggu dan jalani prosidur checking semula mcm g Klinik Komuniti.... Dr Helmi datang dan selesaikan ...terima kasih banyak2 dr..budi baik dr hanya Allah yang akan membalasnya...

Wednesday, January 9, 2013

Permulaan Tahun Baru.....2013

Tahun baru 2013 ..
Nak mula cite tentang tahun baru...bulan Januari ni ..tentang Nadirah je la yang paling utama rasanya....bermula Nadirah aku hantar ke kelas Kafa di SKTA Kuantan...mula mari terfikir kenapa aku tak hantar dari 2011 ke 2012 ke...nk hntar awal2 dulu dari 2007 ..memang tak konfiden dia boleh handle diri dia...dan kt kelas tu pulak terdiri dari pelajar2 normal...mmg dia tak dapat sesuaikan diri..lagipun bila dok ramai2 gitu..mybe ustazah tak dapat tumpu kt dia sorang dan yang risaunya takut dia merayap kelain....jadi Nadirah aku tempatkan di Taska Melor..transit dr pagi kt SKTA dan petang kt Taska Melor...tapi rupa2nya dia dh agak jemu kot....tahun lepas 3 bulan dia asyik ikut aku ke ofis..ooiii...payoh jugak bila anak kita dok tido dlm bilik kita kt ofis..dan paling payoh bila ada pelanggan nk jumpa kita...tapi apakan daya....masa tu tak la terfikir lagi nk anta ke kafa...dlm pada masa yang sama Nadirah selalu la sebut nk g kafa tu...aku ambik masa dlm cuti panjang baru2 ni fikir..dan setelah Nadirah tak nk lagi ke taska Melor..aku cuba bincang ngan ustazah2 kafa untuk terima Nadirah...Alhamdulillah...permintaan aku dan Nadirah untuk ke kelas kafa diterima.......dan kini Nadirah belaja la dlm kelas kafa yang bermula kul 2.30 ptg dan habis kul 5.00 ptg dikelas yang sama dengan pelajar2 tahun satu...( pelajar2 brumur 7 tahun ) dan aku redha.....walaupun aku tahu dia tak dpt mengikuti sepenuhnya pelajaran..tapi aku tetap berdoa dan berharap moga2 Allah menerangkan hati dia untuk mengenali huruf2 didalam Al Quran....
Permulaan tahun 2013 minggu kedua....Nadirah disahkan mengidap penyakit kencing manis....terkejut ..perasaan bercampur baur...sedih...risau..dpt ke aku hadapi dan tangani masaalah baru ni....
Mulanya aku tak sedar dia alami penyakit ni..smpai la pada 5 Jan..Sabtu ..Nadirah asyik berulang ke tandas...berpuloh kali la...seluar dan bju dipakai pn banyak la kena rendam kena air kencing..bila tanya dia kata nk kencing dan sakit perut...mmg payoh la nk berkomunikasi ngan dia bab2 sakit ni...pas tu aku perasan muka dia agak pucat ...aku g farmasi beli ubat kot2 dia kencing kotor ..dan tak puas kencing serta tak lawas...selama 2 hari dia makan ubat tu smpai petang ahad pas dia balik semula kerumah dari umah ibunya...aku dpt tahu ubat yg aku beli tu habis tumpah..dan sampai je kt umah pas dihantar ibu..terus je ke tandas..sbb sempat lagi terkencing dalam keta ibunya...dan malam tu asyik bangun je la ke tandas...
Esoknya..7 Jan..aku rsa tak leh jadi ni...kena g klinik ni...dlm masa siap2 pakai baju nak kesekolah dia masih lagi berulang ke tandas...jadi cm ne nk g sekolah...mula rsa pulak...nk bwk ke klinik cm ne pulak..asyik nk kencing je ni...
pi mai pi mai la aku pagi tu...tut..tut..baru fikir ...aku kena g kedai beli pampers..aku pakaikan pmpers dan bwah dia ke Klinik Komuniti Paya Besar....Di Klinik ..ramai la pulak pesakit hari ni...Nadirah nampak tidak berapa selesa dipakaikan pampers..apakan daya..dik bimbang dia berulang lagi ke tandas..2 jam juga menunggu hingga Dr minta Nadirah ke ruang untuk test air kencing dan darah....diruang tu satu hal pulak...payoh nya beno dia nk kencing bila kita perlu airkencing...aduhhh..sepuloh minit dok tunggu dlm tandas...alih2 keluar je dulu..dh le pakai pampers ..dlm 10 minit aku msuk balik ke tandas minta jugak dia kencing..alih2 sikit je le..nsib la dpt jgk test nya...
Pas test tu bwk semula kad d keputusan ke bilik Dr.... masa ni la aku terpana terkejut dan rasa macam tak percaya ada gak..bila Dr cakap dia ada kencing manis....masa tu saat tu mcm2 terbayang kt kepala...perasaan pilu sedih risau mcm2...dan bila Dr tanya tentang pendapat aku mengenai pemulihan sakit tu..adakah nak ambik (cucuk) insulin atau makan ubat....lagi lah serabut...dlm masa yang singkat Dr minta aku putuskan saat tu jugak...bila fikir makan ubat tu mmg agak senang lah...bila fikit cucuk tu..rasa seram kit...maklumlah cucuk jarum tajam kt perut atau peha..perkara  yg kita tk pernah buat dan tk pernah terbayang akn terjadi pada kita walaupun aku pernah ada rakan2 yang mengalami nasih cm ni...dlm msa tu aku minta Dr berikan ubat dulu...
Di rumah Nadirah mula ambik ubat petang tu..dan bila aku bincang semula tentang hal ni..dan dapat pendapat dari Dr Helmi dan pihak farmasi klinik tu dia orang sarankan agar ambik insulin...insulin terus ke dlm badan..kalu makan ubat..ubat tu akan ke buah pinggang dan hati dulu untuk proses...tapi insulin ni pun ada jugak  kesannya...takut pulak Nadirah hypo...kurang gula pulak nnti...apa2 pun aku nekad esok nk g tukar ubat ni ke insulin...
8 Jan...pagi aku bawak Nadirah sekali lagi ke klinik bersama2 AG (ibu nadirah)..jumpa Dr Helmi dan tukarkan ke insulin...terima kasih banyak2 pada Dr Helmi anak rakan aku Khalidah Hanim..yang banyak membantu...dan hari ni Nadirah mula lah dicucuk insulin pagi dan petang...dan bermula lah insulin dalam hidup Nadirah...harapan aku...bertambah lah kekuatan, ketabahan, kesabaran  dan ketenangan pada aku untuk menjaga Nadirah ...sesungguhnya pada hanya lah pada Mu Ya Allah aku berserah....permudahkan lah segala urusan hamba Mu ini..dan sembuhkan lah penyakit anakku Nadirah....aminnnn.....