Wednesday, September 21, 2011

ULANGTAHUN KELAHIRAN KE 51 TAHUN

Alhamdullillah...syukur kepada Allah SWT kerana telah meminjamkan aku nyawa untuk bernafas di muka bumi ini selama 51 tahun hari ini...21 September 2011...rasa begitu cepat nya masa berlalu...kehidupan lalu begitu pantas, terlalu banyak kenangan manis pahit yang pernah dilalui ..ingatan  sewaktu tamat persekolahan...episod mencari kerja...dan mula belajar mengenai tanggungjawab kepada keluarga ....
Masa dan zaman ketika itu mula merubah prinsip hidup dan perasaan aku menjadi lebih dewasa dan berfikir lebih matang...walaupun ketika itu dugaan dan rintangan serta hasutan sentiasa berlegar di sekeliling hidup aku....
Pengalaman dan kenangan sedikit demi sedikit aku kutip ......

Pengalaman & Kenangan Kerja......: kerja mula2 yang aku buat ialah di Emporium Kuantan ( bangunan tu skg ni Courts) ..sebagai sales girl di bahagian lady....aduhhh..teruja tenguk baju2 yang dijual...seronok tenguk bila orang2 banyak duit beli baju2 tu...ya la masa dengan gaji yang diberi dua kali sebulan...sekali dapat tk smpai RM 100 ...sekurang2nya aku rasa aku dapatlah menolong meringankan beban ayah...walaupn tidak lah dapat memberi lebih kemewahan pada adik2.... 
ni nk cite bab pergi dan balik kerja..dengan bas sihat yang tak begitu banyak laluan nya ke bandar kuantan masa tu...seksa juga la ...dari bab tunggu nak g kerja dalam kul 8.30 pagi hingga la balik malam sekiranya shif malam...dan memang selalu nya la banyak shif malam...maklumlah masa tu tu la satu2nya pusat membeli belah kt kuantan....masa nk balik malam bas terakhir la yang terpaksa aku naik..iaitu kira2 jam lebih kul 11 malam....
bayangkan bila malam di bus stand tepi benteng tu...dari jalan bkt ubi aku akan berjalan kaki ke benteng....aduhhhh masa tu la tension dan takut menyelubungi hati dan perasaan aku....
belum lagi bab naik bas...dlm bas ...mcm2 ragam orang ...dan kdg2 tu aku je la sorang pompuan...bila dh sampai beserah satu bab lagi pulak...terpaksa berjalan balik ke rumah melalui jalan dalam iaitu melalui kg rumbia dan jambatan pok man...jambatan yang mempunyai cerita yang menyeramkan....
kadang tu bertemankan kerbau liar  dan hujan renyai2...yang kadang tu bercampur dengan airmata aku...... selalunya apabila ribut atau hujan melanda aku akan lalu jalan luar tapi agak jauh la...melalui pejabat pos dan jambatan besar..dan melepasi surau terus melalui rest house lama...mmg jauh dan kdg2 cuak jugak hati..takut pun ada ...mklumlah dalam kegelapan malam pekat ...dan kenangan manis yang paling aku tak akan lupa ialah takkala ayah menunggu aku dengan basikal nya......dan tak lupa juga buat teman yang pernah bertahta dihati yang seringkali menunggu aku ..menjemput aku...dan menghantar aku pulang hingga ke anak tangga rumah ku....dan  tak akan lupa juga pada teman yang pernah mengintai aku..menunggu peluang agar dapat menemankan aku sehingga ke anak tangga rumah...aduhhh..manisnya saat tu kan...

Wednesday, September 7, 2011

BULBU...




Pagi Jumaat 2 September 2011 ...Bulbu diserang oleh anjing-anjing liar yang masuk melalui rumah jiran dibelakang rumah aku...setelah dibawa ke klinik..Bulbu disuntik dan aku berdoa agar dia tak apa-apa selepas tu...kerana tak nmpak kesan darah atau gigitan anjing tu pada badan Bulbu...
Dirumah Bulbu tidak mahu makan dan minum..aku suapkan minuman dan memberi Bulbu vitamin bagi memberi tenaga pagi dan malam....walaupun air yang diberi melalui syringe di telan..Bulbu tidak mahu makan...aku buatkan bubur pun Bulbu tidak mahu makan...sedih hati aku lihat keadaan Bulbu ..hinggalah semalam  6 September 2011 Bulbu tidak dapat bertahan lagi .. Bulbu akhirnya pergi juga ....aku tanamkan Bulbu ditepi ruang rumah...Sedih sayu mengenangkan saat2 bersama Bulbu...Bulbu dah  tinggal bersama aku melebihi 10 tahun...pemergian Bulbu amat aku rasai....Bulbu...maafkan aku kerana tidak mampu menjaga mu sebaiknya semasa kau dilanda kesakitan ini....Bulbu...aku pasti merindui dan mengingati mu....semoga kau aman di sana....