Wednesday, September 7, 2011

BULBU...




Pagi Jumaat 2 September 2011 ...Bulbu diserang oleh anjing-anjing liar yang masuk melalui rumah jiran dibelakang rumah aku...setelah dibawa ke klinik..Bulbu disuntik dan aku berdoa agar dia tak apa-apa selepas tu...kerana tak nmpak kesan darah atau gigitan anjing tu pada badan Bulbu...
Dirumah Bulbu tidak mahu makan dan minum..aku suapkan minuman dan memberi Bulbu vitamin bagi memberi tenaga pagi dan malam....walaupun air yang diberi melalui syringe di telan..Bulbu tidak mahu makan...aku buatkan bubur pun Bulbu tidak mahu makan...sedih hati aku lihat keadaan Bulbu ..hinggalah semalam  6 September 2011 Bulbu tidak dapat bertahan lagi .. Bulbu akhirnya pergi juga ....aku tanamkan Bulbu ditepi ruang rumah...Sedih sayu mengenangkan saat2 bersama Bulbu...Bulbu dah  tinggal bersama aku melebihi 10 tahun...pemergian Bulbu amat aku rasai....Bulbu...maafkan aku kerana tidak mampu menjaga mu sebaiknya semasa kau dilanda kesakitan ini....Bulbu...aku pasti merindui dan mengingati mu....semoga kau aman di sana....

1 comment: