Sunday, November 27, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433H

Tahun Baru menjelma....1433H....azam dan keinginan baru juga menjelma buat seketika....ketika sambutan masih panas...tapi segalanya akan berubah bersama aliran masa dan keadaan..sama seperti tahun tahun yang lalu....apa apa pun azam dan keinginan tetap jua wujud disudut hati kecil ini  ..aku berharap dan berdoa moga Allah SWT sentiasa merahmati aku dan seluruh kaum keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan taulan, dan seluruh umat Islam di dunia ini....amin...SALAM MAAL HIJRAH ..


Thursday, November 24, 2011

Setelah 26 tahun berlalu......

semalam....23 November 2011....dah 26 tahun aku melayari kehidupan bersama seorang insan yang bernama suami....dianugerah satu2nya cahayamata.....Adib... dan dikurniakan satu2 insan istimewa... Nadirah.. bagi melengkapkan cabaran dan dugaan dalam mengharungi pahit manis hidup ini......
Alhamdulillah...cabaran & dugaan dapat aku harungi dengan izin dan pertolongan dari Allah SWT...kesabaran, ketenangan, ketabahan sentiasa berada dihati bagi mengekalkan kebahgiaan, keceriaan, kegembiraan...biarpun hidup ini penuh onak dan duri...seringkali jua dilanda ribut taufan diiringi hujan yang berterusan sehingga la pelangi menjelma memadamkan segala gundah  dihati......
Pengharapan yang tak pernah hilang dari lubuk hati aku...biarlah kesudahan hidup ini penuh dengan kedamaian dan ketenangan..walaupun semua itu semakin hari semakin tipis untuk dirasai bersama.....
Kesetiaan?....entah wujud atau tidak....seolah2 menyimpan seribu satu rasa yang tak pernah diluahkan ....kenapa tidak diluahkan? kerna.....
Kemesraan .... semakin lama semakin pudar...semakin tipis...semakin susut kerana dipenuhi oleh seribu penyesalan...kesedihan...kepahitan...kesakitan yang semakin hari semakin tebal dijiwa.....
Luahan rasa yang tidak sepatutnya dititipkan di laman yang indah ini...ketahui lah..demi pengalaman yang dilalui .....biarlah ianya menjadi coretan yang membezakan perubahan seterusnya mematangkan aku untuk membuat satu andaian....." wujud atau tidak...tiada bezanya..aku tetap begini...."

Wednesday, November 16, 2011

Adib...UiTM...


Alhamdulillah...syukur kehadrat Allah SWT diatas limpah kurniaNYA...mengabulkan doa ku agar anak ku dapat melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat pengajian tinggi....
Hari ini aku ...16 November 2011..adib mendaftar di UiTM Jengka... sebagai siswa baru aku doakan agar adib akan belajar sungguh2 bagi mencapai cita-citanya ..dan berharap agar dia tidak akan  melupakan janji2 nya untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran dan seterusnya merealisasikan segala impian nya suatu hari nanti...

Sebelum dapat masuk Uitm ni ..adib dapat tawaran belajo di Kolej Profesional Mara ...lbihkurang 5 minit je dari umah ...dan setiap minggu akan balik umah dan setiap hari kalu aku nak aku bleh jenguk ...tu pun aku rasa mcm sedih ingatkan dia....tak pernah pisah lagi ...dekat je jadi perasaan tu tak la teruk sangat ingatkan nya...

Selepas adib mohon masuk Uitm Julai 2011 , dan akhirnya diterima masuk...aku rasa gembira  + sedih...gembira sbb akhirnya apa yang adib nak dh dapat...dan sedih kerana akan berpisah jauh ngan adib..

                                           Semalam  sehari seblm daftar.....

kelam kabut juga fikirkan kesihatan adib...demam yang melanda adib dari Jumaat lepas hingga semalam tak kebah2 pun...aku risau...ajak adib ke Klinik Pesakit Luar ...ambik darah...dan adib suspect denggi...terkejut + risau pulak....doc suruh ambik  darah lagi esoknya sedangkan esok nya kena daftar kt uitm Jengka... doc juga beri 2 hari MC...celaru jugak la fikirkan nya...nk daftar cepat sbb nak dapat bilik dan tempat yang selesa seblm dipilih orang lain....ertikata nk smpai awal/dulu la kononnya...nasib juga ada kakngah syahirah..leh jugak wat berbincang bab ni perlahan2....jadi aku pun ambil keputusan dulukan ujian darah adib dari segala2 nya..

Hari ni ...sebelum bertolak ..awal pagi aku ke klinik dulu untuk ambik darah adib bagi mengesan atau mengesahkan denggi tu wujud dlm badannya...Alhamdulillah..syukur sangat2 ..dia tidak mengidap denggi..demam biasa dan batuk sahaja...agak lama jugalah sesi ambik darah d jumpa doc semula tu...lebihkurang 1 jam setengah aku selesai urusan kt klinik tu..dan terus bertolak ke UItm dalam jam 10 pagi...dan Allah mempermudahkan segala urusan aku..kerisauan untuk dapat bilik atau memilih kedudukan selesa dibilik selesai apabila segala perjalanan kesitu dipermudahkan Allah..ya la dpat masuk bilik lebih dulu dan dapatlah pilih katil dan almari dulu... biasa lah tu..kt bilik tu pun..mujur lah ada kakngah syahirah tolong kemaskan barang2 adib kerana dia masih demam lagi...segala2nya terpaksa aku dan kakngah tolong....terima kasih kakngah....tolong adib settle mana yg patut semalam....
kadang tu aku rasa mcm semacam je sbb selalu cite dan tulis kt blog ni cite2 cm ni...maklumlah aku ada sorang je zuriat...jadi elok ke tk ke aku tetap akan bangga dan syukur kerana Allah kurnia juga wlpun seorang...dan sentiasa bangga melahirkan dan menjadi emak adib.....satu2nya.....

Wednesday, November 9, 2011

SELAMAT HARI RAYA ADILADHA...


Selamat Hari Raya Aidiladha...
semoga segala amalan korban yang kita sertai diterima Allah SWT..

Setiap kali datang aidiladha aku akan mengulang cerita yang sama...cerita mengenai pemergian ayah takkala laungan takbir memuji kebesaran Allah masih berkumandang bagi merayakan hari ke 2 raya korban iaitu 11 Zulhijjah ...
Setiap kali datang aidiladha jua lah aku tak pernah jemu bercerita mengenai pengorbanan ayah..membesarkan kami 13 orang dengan penuh kasihsayang dan kesabaran yang tinggi...walaupun ayah bukan lah orang yg senang...dengan hanya ada sebuah rumah usang waktu aku dilahirkan....rumah yang berlampukan pelita minyak tanah dan sekali sekali berlampukan lampu gaselin apabila ayah tidak membawa kelaut untuk mencandat sotong....aku tahu saat itu hidup ayah hanya lah sebagai seorang nelayan....sebelum ayah bekerja sebagai buruh dan mandur disebuah organisasi badan berkanun....dari sebuah rumah yang agak uzur , ayah tukarkan ke sebuah rumah yang agak selesa..mempunyai 1 bilek dan dapur serta ruang tamu....ayah berkorban meminjam wang waktu itu dengan menggadaikan sebidang tanah yang amat disayangi oleh ibu..tapi demi memberi keselesaan kepada aku dan adik2 ..dan harapan nya tanah itu akan dapat ditebus semula...tapi rupa2nya ayah tidak dapat menebus semula tanah itu kerana terpaksa berkorban demi orang lain yang tidak mahu menepati janji...pengorbanan besar yang dilakukan oleh ayah dengan kata2 yang tak mungkin aku lupakan...." biarlah dia ambik, itu semua harta dunia...." 
Setiap pagi selepas subuh ayah akan bertolak ketempat kerja dibandar dengan menaiki basikal ..bayangkan lah waktu itu...dari rumah ku di Beserah ke Bandar Kuantan ( Bangunan Pejabat Agama Sekarang) kira2 8 km..melalui bukit beserah yang berliku....ayah mengayuh basikal...dan yang aku tahu ayah akan kelaut waktu cuti dan akan mengambil cuti sekiranya musim ikan banyak atau waktu musim sotong tiba.....aku sentiasa bayangkan kepenatan yang ayah rasai apabila balik dari kerja dibandar, mengayuh basikal kembali mendaki bukit dengan terik matahari...besarnya pengorbanan ayah untuk membesarkan kami....ayah tak pernah merungut....semua keperluan aku sekeluarga,  aku lah yang selalu ditugaskan untuk membeli atau mengambil barang keperluan dikedai runcit dengan menulis dibuku kecil (Buku 555)...dan apabila  ayah mendapat gaji aku juga lah ditugaskan oleh ayah membayar hutang2 itu...alhamdulillah...ayah sedaya upaya menyelesaikan bayaran2 bagi barang2 yang aku beli dari kedai....setiap kali ke kedai aku selalu mengambil peluang untuk membeli barang keperluan sendiri..tapi sentiasa diingat oleh mak supaya jangan terlebih..."kesian ayah nanti."..ketika itu ..untuk bekalan sebulan ..aku disuruh membeli 10 kg gandum...10 kg gula...dan beras apatah lagi....bayangkan lah sekarang ni..nak beli 1 kg gandum untuk rumah pun tk pasti leh habis ke tidak kan....aduhhh. masa tu tak dapat nak beli kueh kt gerai2 ataupun dari orang menjaja...kena la jimat dengan membuat kueh sendiri.."kesian ayah nanti nak bayar bnyak2.".tu la  kata2 ingatan yang mak cakap bila aku banyak membeli dari membuat kueh2 untuk makan adik2...jadi mau tak mau..kena la buat...terutama pagi2 untuk sarapan...
Ada satu kenangan manis yang tak dapat aku lupakan ....dimusim tengkujuh...waktu ayah tak bekerja...aku akan ikut ayah menjala ditepi laut cina selatan....bayangkan lah waktu tengkujuh...dengan kesejukan angin laut...kadang tu bersama hujan renyai2 ...masa tu  ombak pun tinggi...ikan belanok..tu la ikan yang menjadi kesukaan aku waktu tengkujuh tu...sekurang2nya aku tak payah makan ikan masin...maklum lah waktu tu nak beli ikan segar di pasar ...mahal....jadi bila dapat je ikan belanok tu...bawak balik goreng je le....dulu bila kena makan ikan masin...rasa tak suka sangat...tak macam sekarang...pantang mak buat ikan masin (mamba)..aku tak akan lepas peluang untuk bawak balik umah....

Ni satu lagi kenangan ketika ayah kelaut untuk mencandat sotong....apabila musim tu  tiba  ayah akan turun kelaut lewat petang..membawa bersama lampu gaslin, bayangkan waktu tu dengan perahu kayu kecil tanpa injin..dengan berkayuh sahaja ayah akan turun kelaut ...bayangkan juga waktu tu ditengah2 lautan cina selatan dimalam hari...dan pastinya aku dan mak akan menunggu ayah pada pagi esoknya dengan membawa basin untuk mengisi sotong2 yang dibawa balik ayah...aduhh..masa tu perahu ayah penuh dengan sotong2..pengorbanan ayah  untuk mencari belanja lebih bagi aku dan adik2 walaupun terpaksa bersaorangan dilautan luas dengan perahu kecil tanpa injin...


Mengenang segala2nya terutama dizaman kanak2 aku...mungkin agak berbeza dengan adik2 yang lahir dalam tahun2 yang berbeza...apa2 pun perbezaan  atau rasa dan  masa  berubah.... pengorbanan ayah pada aku dan adik2 hanya Allah saja yang dapat membalasnya...ayah tetap dalam ingatan ..dan tidak akan aku lupakan walau sesaat pun...semoga Allah merahmati roh ayah dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh dan beriman.....Al Fatihah...

Saturday, November 5, 2011

TAPAI PULUT....

 Selamat Menyambut Aidil Adha....

Setiap kali menyambut raya..tapai memang hidangan wajib la di rumah mak ...dulu2 mak la yang akan buat tapai ni untuk hidangan raya...dalam ramai2 anak mak...aku memang tk pernah wat tapai sendiri kt umah...cuma aidil fitri baru2 ni ejee datang wat kt umah.....dari situ rasa nak buat tu...wujudlah sikit2...sehinggalah semalam....aku cuba la buat sendiri ...dari  kukus pulut sampai lah ke bungkus hingga siap....





Ada la cite disebalik mula nk buat tapai ni....cadangan nak cari daun tu memang wujud masa kt ofis lagi lah..jadi anak buah kt ofis ni adalah ckp kalu cari daun tu ...tenguk2 la kot2 ada yang ikut balik....jadi petang khamis  balik ofis ps asar aku dan nadirah  terus la g kutip daun jambu laut..nun depan ofis Geo sains dan sk tamil kt IM....agak dalam kul 6.30 petang...hujan renyai2 pulak tu...kutip kutip...dan ps tu kutip jgak la bunga kenanga kuning kt tepi jalan tu....mmg wangi la...kata orang tua2 kena la minta izin ngan penjaga nya jadi aku pn berbisik la dlm hati ...pas tu bawak le balik umah daun jambu laut dan beberapa tangkai bungai kenanga kuning tu...

nk jadikan cerita pulak tu..entah la betul ke atau kebetulan ke...aku tk pasti..anak aku adib ni mmg suka sangat kuar malam main futsal dan kdg2 kuar minum ngan kawan selepas jam 10 malam...so malam wat balik daun2 d bunga2 tu adib kuar lah minum2 ngan kwan2 ..aku tertido tk sedar adib ni tak balik2...so terkejut je dari tido ..jam dh tunjuk kul 3.30 pagi gitu...hai..mana la pulok nya budak bertuah ni...aku bagi sms marah..tk di jwb nya..dgn rasa geram dan marah aku cal..dia jwab "mak, adib ada hal ni nnti adib cite kat mak, adib ngan aiman (kwan dia) ni..nnti aiman tido umah kita ya,..adib ok..keta mak ok...sbb dia bwak keta aku ...aku risau gak tu...hehehehehe..

...rupanya tau tak kenapa dia balik lambat tu..dan sebenarnya dia dah pun balik dlm kul 1 pagi...sebenarnya..dia...hehehhehehe....sebenarnya masa smpai kt depan pagar umah ps stop keta ...adib nk kuar buka pintu pagar..masa tu la dia terpandangkan satu lembaga putih..berdiri ditepi tiang batu pagar di sebelah dalam...jadi dia terkejut..lantas bawak keta kejalan besa semula..tk jadi msuk pagar la..dia round sekali lagi dari jauh..( dr kawasan bank rakyat...masih lagi nmpak lembaga putih tu dlm pagar sebelah kanan pulak...dia cal aiman minta temankan dia..dan ambik masa 2 ke  3 jam pulak la nk balik umah...sempat lagi la hilangkan takut kt taj...


yang aku hairan tu ..selama ni adib kuar balik awal pagi dr main futsal tk pernah pn dia alami peristiwa ni...kenapa hari aku petik daun2 jambu laut /bunga kenanga tu je  peristiwa tu adib alami...masa dia cite tu aku wat2 tak takut pun...sedang kan hati terasa gak sbb seblm tu aku ada la kuar umah masa tunggu dia balik dlm jam 3 lebih tu tinjau2 dlm pagar tmpat yg sama dia nmpak lembaga tu...

Ye ke?..ada ke ?..fikir2 kan la...apa2 pn aku mulai terasa seram gak ps malam tu..tapi adib..tetap gak dgn akitiviti biasa dia tu...main futsal lewat malam d awal pagi...apa2 pn aku tetap risau pasal tapai aku esok....jadi ke...tk jadi ke...wlau apa yg akan jadi aku tak akan putus asa untuk cuba cuba cuba buat tapai lagi untuk masa yang akan datang.....jom rasa...

Wednesday, September 21, 2011

ULANGTAHUN KELAHIRAN KE 51 TAHUN

Alhamdullillah...syukur kepada Allah SWT kerana telah meminjamkan aku nyawa untuk bernafas di muka bumi ini selama 51 tahun hari ini...21 September 2011...rasa begitu cepat nya masa berlalu...kehidupan lalu begitu pantas, terlalu banyak kenangan manis pahit yang pernah dilalui ..ingatan  sewaktu tamat persekolahan...episod mencari kerja...dan mula belajar mengenai tanggungjawab kepada keluarga ....
Masa dan zaman ketika itu mula merubah prinsip hidup dan perasaan aku menjadi lebih dewasa dan berfikir lebih matang...walaupun ketika itu dugaan dan rintangan serta hasutan sentiasa berlegar di sekeliling hidup aku....
Pengalaman dan kenangan sedikit demi sedikit aku kutip ......

Pengalaman & Kenangan Kerja......: kerja mula2 yang aku buat ialah di Emporium Kuantan ( bangunan tu skg ni Courts) ..sebagai sales girl di bahagian lady....aduhhh..teruja tenguk baju2 yang dijual...seronok tenguk bila orang2 banyak duit beli baju2 tu...ya la masa dengan gaji yang diberi dua kali sebulan...sekali dapat tk smpai RM 100 ...sekurang2nya aku rasa aku dapatlah menolong meringankan beban ayah...walaupn tidak lah dapat memberi lebih kemewahan pada adik2.... 
ni nk cite bab pergi dan balik kerja..dengan bas sihat yang tak begitu banyak laluan nya ke bandar kuantan masa tu...seksa juga la ...dari bab tunggu nak g kerja dalam kul 8.30 pagi hingga la balik malam sekiranya shif malam...dan memang selalu nya la banyak shif malam...maklumlah masa tu tu la satu2nya pusat membeli belah kt kuantan....masa nk balik malam bas terakhir la yang terpaksa aku naik..iaitu kira2 jam lebih kul 11 malam....
bayangkan bila malam di bus stand tepi benteng tu...dari jalan bkt ubi aku akan berjalan kaki ke benteng....aduhhhh masa tu la tension dan takut menyelubungi hati dan perasaan aku....
belum lagi bab naik bas...dlm bas ...mcm2 ragam orang ...dan kdg2 tu aku je la sorang pompuan...bila dh sampai beserah satu bab lagi pulak...terpaksa berjalan balik ke rumah melalui jalan dalam iaitu melalui kg rumbia dan jambatan pok man...jambatan yang mempunyai cerita yang menyeramkan....
kadang tu bertemankan kerbau liar  dan hujan renyai2...yang kadang tu bercampur dengan airmata aku...... selalunya apabila ribut atau hujan melanda aku akan lalu jalan luar tapi agak jauh la...melalui pejabat pos dan jambatan besar..dan melepasi surau terus melalui rest house lama...mmg jauh dan kdg2 cuak jugak hati..takut pun ada ...mklumlah dalam kegelapan malam pekat ...dan kenangan manis yang paling aku tak akan lupa ialah takkala ayah menunggu aku dengan basikal nya......dan tak lupa juga buat teman yang pernah bertahta dihati yang seringkali menunggu aku ..menjemput aku...dan menghantar aku pulang hingga ke anak tangga rumah ku....dan  tak akan lupa juga pada teman yang pernah mengintai aku..menunggu peluang agar dapat menemankan aku sehingga ke anak tangga rumah...aduhhh..manisnya saat tu kan...

Wednesday, September 7, 2011

BULBU...




Pagi Jumaat 2 September 2011 ...Bulbu diserang oleh anjing-anjing liar yang masuk melalui rumah jiran dibelakang rumah aku...setelah dibawa ke klinik..Bulbu disuntik dan aku berdoa agar dia tak apa-apa selepas tu...kerana tak nmpak kesan darah atau gigitan anjing tu pada badan Bulbu...
Dirumah Bulbu tidak mahu makan dan minum..aku suapkan minuman dan memberi Bulbu vitamin bagi memberi tenaga pagi dan malam....walaupun air yang diberi melalui syringe di telan..Bulbu tidak mahu makan...aku buatkan bubur pun Bulbu tidak mahu makan...sedih hati aku lihat keadaan Bulbu ..hinggalah semalam  6 September 2011 Bulbu tidak dapat bertahan lagi .. Bulbu akhirnya pergi juga ....aku tanamkan Bulbu ditepi ruang rumah...Sedih sayu mengenangkan saat2 bersama Bulbu...Bulbu dah  tinggal bersama aku melebihi 10 tahun...pemergian Bulbu amat aku rasai....Bulbu...maafkan aku kerana tidak mampu menjaga mu sebaiknya semasa kau dilanda kesakitan ini....Bulbu...aku pasti merindui dan mengingati mu....semoga kau aman di sana....

Tuesday, June 7, 2011

HIJRAH..KEPULANGAN....

Gambar Kenangan untuk Sal....
Musim pertukaran datang lagi melanda sahabat2...kawan2...kenalan dan rakan2 yang bekerja dibawah kerajaan negeri....ada bagus dan elok nya ...dan tidaklah keterlaluan ada yang tidak menyenangkan .....biasa la....adat manusia...dan juga lumrah hidup ...biarlah tu ....kita cite hal sahabat kita ni je la....Sal... akhirnya dapat tukar juga kembali ke kampung halaman di daerah Temerloh....tentu la kegembiraan yang mekar dihati beliau...aku pun tmpang gembira ....walaupn sedih dengan penghijrahan beliau kembali ke kampong halaman....




Banyak kenangan bersama..ya lah aku dan Sal wlpun berlainan Seksyen tapi dok dalam kelompok sama ....bermula dengan kenangan buat ISO di Pulau Pangkor...pas tu sambung di Tasik Kenyir...ps tu lawatan ke Pulau Langkawi...


Sama2 bertugas dan menginap di Holidays Villa & Suria Resort di Cherating....dan saat paling manis bersama terutama masa sama2 menjalankan Family day di Bukit Tinggi....ini tak termasuk window shopping di ec mega dan kp.....huuh..tiap Jumaat yang terluang.....

Sunday, March 13, 2011

KEBAKARAN...





Tanggal 9 Mac 2011...Rabu ...semasa aku masih berada di Besut Terengganu.............
aku dikejutkan dengan satu berita yang sedih....mengenai musibah yang menimpa keluarga di Kuala Pahang...rumah kediaman mak sepupu yang tinggal bersebelahan dengan rumah emak mertua aku hangus dijilat api...tinggal sehelai sepinggang jadi keadaannya....mujur la rumah emak mertua aku sempat diselamatkan walaupun api telah pun menyambar sebahgian kecil atap dan ruang yang dekat dengan rumah maksepupu aku...alhamdulillah dengan pertolongan orang2 kampung yang cepat memecahkan dinding2 dapat mengelakkan api dari terus merebak ....
Sabtu semalam, barulah aku dapat menjenguk keadaan yang telah pun terjadi...sedih dan simpati pada MakItam ( nama panggilan pada maksepupu) seorang ibu tunggal, menjahit dan menyulam adalah mata pencarian seharian dismping bekerja di kilang membuat keropok..
Semasa kejadian..menurut katanya semalam...mujur la dia tiada dirumah kerana ke bandar, tapi terkilan juga kerana tidak dapat menyelamatkan barang berharga terutama mesin jahit, mesin sulam dan mesin jahit tepi baju yang menjadi alat penting buat mencari rezeki selama ini.... semoga makitam tabah, sabar dan tenang dalam menghadapi dugaan ini..bab kata makitam " ini semua pinjaman, bila DIA nak, diambil NYA....." dan makitam redha....
Keadaan umah makmertua ..sekarang ni berdindingkan banner2 lama...dan masih tidak berletrik sehingga kini ..













Thursday, March 10, 2011

Sepetang di HTAA....

Selepas dapat sms dari Sarah memberitahu yang Wan Malik, kawan sepejabat di Jabatan Pertanian sakit dan berada di wad ditingkat 8 HTAA...aku hubungi Aida untuk mengesahkan nya ..jadi aku kesana petang tadi bersama zat ..nasib la petang ni aku agak fre sebab kakak masih lagi berada bersama ibunya..
sampai di wad 8 tadi...kebetulan pulak aku terjumpa kawan aku masa di MPK dan SuK dulu..Wan Roslan yang juga sakit dan berada di wad berkenaan....dalam waktu tu juga aku baru perasan disebelah depan katil wan roslan ...jiran sekampung suami...iaitu abg halim..beliau juga adalah abg ipar pada kawan baik aku Maziah ..beliau berada dlm keadaan agak kritikal dan serius tidak sedarkan diri...
Ya Allah...sembuhkan lah mereka, dan berikanlah ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan MU ini...
Setelah kembali kerumah dan online fb...aku dapat tau ..Cikgu Normah...guru sementara yang pernah mengajar aku ketika ditingkatan 1 -3 di SMK Beserah sekitar 1973 -1975 dulu2..kembali kerahmatullah..
walaupun arwah tidak menjadi guru selepas itu..aku tetap memanggil nya cikgu apabila kami berjumpa.....sedih dengar pemergian arwah...dan tambah sedih lagi bila tau arwah menghembuskan nafas di HTAA petang tadi semasa aku masih disana...ya la..aku pun tidak mengetahui yg arwah cikgu dirawat disitu..dan dari apa yang diberitahu tadi arwah dimasukkan kerana masalah lutut pada awalnya...
Tiada rezeki untuk bertemu..semoga arwah ditempatkan disisi orang2 yang solihin..dan semoga roh nya dirahmati Allah SWT ...Al Fatihah..

PULUT & IKAN BAKAR....



Istimewa ke pulut dan ikan bakar ni?...bagi aku memang ada kenangan sangat2...sejak kecil aku sentiasa didedahkan dengan makanan ini oleh Wo (nenek sebelah arwah ayah).. tinggal di tepi laut..masa dulu ikan2 segar ni murah dan senang diperolehi tak seperti sekarang ni ..rasa aku lah...dek perubahan zaman ni la..nelayan2 kampung aku kena pergi jauh2 dari pantai untuk mencari ikan...tk macam dulu ....
ok...cite bab pulut ni...Wo aku ni memang suka masak pulut tawar cm ni...pas tu dia parut kelapa muda kit....pas tu dia panggang ikan segar2...huh...betapa sedapnya....
Bukan sekarang tak ada pulut ngan kelapa ni...ada, cuma bezanya kita makan dengan ikan masin....kalau adapun dikedai, diletakan ikan masin je...memang rasa nya berbeza lah...
Ni sebenarnya cerita masa aku menghadiri mesyuarat di Demong Resort Hotel Besut Trengganu....kawan di JPN T'nganu ada bercerita pasal bab pulut & ikan bakar ni... aku tk lepas peluang lah bila dia ajak kesana...tapi kedai ni pulak bukan nya buka siang2....dia berniaga mula jam 8 malam dan habis 5 pagi...hah...bayangkan nk pergi kul 8 baru lepas makan malam...jadi aku g je kul 11 malam ...huh...best..kami nikmati pulut panas2...kelapa muda parut ni...dan yang best ikan bakar/panggang panas2...dan lagi di letakan pulak sos yang bukan macam sos tapi seakan-akan tumis tapi bukan tumis...dok tengah2 antara dua rasa....memang best la...
aku order 2 set pulut yang ada 4 ekor ikan ....harga cuma RM 8.00 sahaja dan makan 3 orang...bagi aku agak murah lah....kedai tepi jalan ke Kota BHaru...jalan Tok Bali...kalu ke KB sebelah kanan....
lega rasa pas tu dapat nikmati makanan kegemaran dulu2 yang sekarang ni masih ada/wujud tapi dalam situasi yang agak berbeza...tak de pulak kedai2 ikan bakar kat kuantan ni yang nak buat cm ni...dikedai tu masa aku pegi memang ramai pelanggan nya walaupun masa tu dh hmpir jam 1 pagi..sbb smbil makan kami bersembang .... hai lepas ni bila la lagi aku dapat singgah dan makan kat kedai pulut & ikan bakar tu lagi....



















Monday, February 14, 2011

MAULIDUL RASUL 12 RABIULAWAL 1432H

Catitan blog pertama bagi tahun 2011.....Esok adalah Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W....12 Rabiulawal 1432H.....dan sempena hari esok aku juga meraikan hari keputeraan anakku Muhammad Adib yang ke 18 tahun pada hari ini...11 Rabiulawal 1432H....bersamaan 14 Februari 2011....setiap kali Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW tiba...setiap kali tu la aku sentiasa ingat akan kelahiran Adib ku sehari sebelumnya.....Sudah 18 tahun rupa Adib dikira dari kalendar Islam...dari kanak2 ke alam remaja seterusnya ke alam dewasa...meninggalkan alam persekolahan rendah dan menengah....rasa rindu pulak melihat Adib dengan pakaian seragam sekolah bila melihat situasi persekolahan di SMTPP........
Terlalu banyak kenangan dilalui dalam melayari alam persekolahan adib....terutama kenangan di sekolah rendah Sri ABIM....sekolah swasta, aku tidak pernah menyesal malah rasa bangga menyekolahkan Adib disitu selama 6 tahun walaupun mendapat sadikit tentangan dari....oops maaf ...cerita lama tu..oppss...stop..