Wednesday, November 9, 2011

SELAMAT HARI RAYA ADILADHA...


Selamat Hari Raya Aidiladha...
semoga segala amalan korban yang kita sertai diterima Allah SWT..

Setiap kali datang aidiladha aku akan mengulang cerita yang sama...cerita mengenai pemergian ayah takkala laungan takbir memuji kebesaran Allah masih berkumandang bagi merayakan hari ke 2 raya korban iaitu 11 Zulhijjah ...
Setiap kali datang aidiladha jua lah aku tak pernah jemu bercerita mengenai pengorbanan ayah..membesarkan kami 13 orang dengan penuh kasihsayang dan kesabaran yang tinggi...walaupun ayah bukan lah orang yg senang...dengan hanya ada sebuah rumah usang waktu aku dilahirkan....rumah yang berlampukan pelita minyak tanah dan sekali sekali berlampukan lampu gaselin apabila ayah tidak membawa kelaut untuk mencandat sotong....aku tahu saat itu hidup ayah hanya lah sebagai seorang nelayan....sebelum ayah bekerja sebagai buruh dan mandur disebuah organisasi badan berkanun....dari sebuah rumah yang agak uzur , ayah tukarkan ke sebuah rumah yang agak selesa..mempunyai 1 bilek dan dapur serta ruang tamu....ayah berkorban meminjam wang waktu itu dengan menggadaikan sebidang tanah yang amat disayangi oleh ibu..tapi demi memberi keselesaan kepada aku dan adik2 ..dan harapan nya tanah itu akan dapat ditebus semula...tapi rupa2nya ayah tidak dapat menebus semula tanah itu kerana terpaksa berkorban demi orang lain yang tidak mahu menepati janji...pengorbanan besar yang dilakukan oleh ayah dengan kata2 yang tak mungkin aku lupakan...." biarlah dia ambik, itu semua harta dunia...." 
Setiap pagi selepas subuh ayah akan bertolak ketempat kerja dibandar dengan menaiki basikal ..bayangkan lah waktu itu...dari rumah ku di Beserah ke Bandar Kuantan ( Bangunan Pejabat Agama Sekarang) kira2 8 km..melalui bukit beserah yang berliku....ayah mengayuh basikal...dan yang aku tahu ayah akan kelaut waktu cuti dan akan mengambil cuti sekiranya musim ikan banyak atau waktu musim sotong tiba.....aku sentiasa bayangkan kepenatan yang ayah rasai apabila balik dari kerja dibandar, mengayuh basikal kembali mendaki bukit dengan terik matahari...besarnya pengorbanan ayah untuk membesarkan kami....ayah tak pernah merungut....semua keperluan aku sekeluarga,  aku lah yang selalu ditugaskan untuk membeli atau mengambil barang keperluan dikedai runcit dengan menulis dibuku kecil (Buku 555)...dan apabila  ayah mendapat gaji aku juga lah ditugaskan oleh ayah membayar hutang2 itu...alhamdulillah...ayah sedaya upaya menyelesaikan bayaran2 bagi barang2 yang aku beli dari kedai....setiap kali ke kedai aku selalu mengambil peluang untuk membeli barang keperluan sendiri..tapi sentiasa diingat oleh mak supaya jangan terlebih..."kesian ayah nanti."..ketika itu ..untuk bekalan sebulan ..aku disuruh membeli 10 kg gandum...10 kg gula...dan beras apatah lagi....bayangkan lah sekarang ni..nak beli 1 kg gandum untuk rumah pun tk pasti leh habis ke tidak kan....aduhhh. masa tu tak dapat nak beli kueh kt gerai2 ataupun dari orang menjaja...kena la jimat dengan membuat kueh sendiri.."kesian ayah nanti nak bayar bnyak2.".tu la  kata2 ingatan yang mak cakap bila aku banyak membeli dari membuat kueh2 untuk makan adik2...jadi mau tak mau..kena la buat...terutama pagi2 untuk sarapan...
Ada satu kenangan manis yang tak dapat aku lupakan ....dimusim tengkujuh...waktu ayah tak bekerja...aku akan ikut ayah menjala ditepi laut cina selatan....bayangkan lah waktu tengkujuh...dengan kesejukan angin laut...kadang tu bersama hujan renyai2 ...masa tu  ombak pun tinggi...ikan belanok..tu la ikan yang menjadi kesukaan aku waktu tengkujuh tu...sekurang2nya aku tak payah makan ikan masin...maklum lah waktu tu nak beli ikan segar di pasar ...mahal....jadi bila dapat je ikan belanok tu...bawak balik goreng je le....dulu bila kena makan ikan masin...rasa tak suka sangat...tak macam sekarang...pantang mak buat ikan masin (mamba)..aku tak akan lepas peluang untuk bawak balik umah....

Ni satu lagi kenangan ketika ayah kelaut untuk mencandat sotong....apabila musim tu  tiba  ayah akan turun kelaut lewat petang..membawa bersama lampu gaslin, bayangkan waktu tu dengan perahu kayu kecil tanpa injin..dengan berkayuh sahaja ayah akan turun kelaut ...bayangkan juga waktu tu ditengah2 lautan cina selatan dimalam hari...dan pastinya aku dan mak akan menunggu ayah pada pagi esoknya dengan membawa basin untuk mengisi sotong2 yang dibawa balik ayah...aduhh..masa tu perahu ayah penuh dengan sotong2..pengorbanan ayah  untuk mencari belanja lebih bagi aku dan adik2 walaupun terpaksa bersaorangan dilautan luas dengan perahu kecil tanpa injin...


Mengenang segala2nya terutama dizaman kanak2 aku...mungkin agak berbeza dengan adik2 yang lahir dalam tahun2 yang berbeza...apa2 pun perbezaan  atau rasa dan  masa  berubah.... pengorbanan ayah pada aku dan adik2 hanya Allah saja yang dapat membalasnya...ayah tetap dalam ingatan ..dan tidak akan aku lupakan walau sesaat pun...semoga Allah merahmati roh ayah dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh dan beriman.....Al Fatihah...

No comments:

Post a Comment