Sunday, March 13, 2011

KEBAKARAN...





Tanggal 9 Mac 2011...Rabu ...semasa aku masih berada di Besut Terengganu.............
aku dikejutkan dengan satu berita yang sedih....mengenai musibah yang menimpa keluarga di Kuala Pahang...rumah kediaman mak sepupu yang tinggal bersebelahan dengan rumah emak mertua aku hangus dijilat api...tinggal sehelai sepinggang jadi keadaannya....mujur la rumah emak mertua aku sempat diselamatkan walaupun api telah pun menyambar sebahgian kecil atap dan ruang yang dekat dengan rumah maksepupu aku...alhamdulillah dengan pertolongan orang2 kampung yang cepat memecahkan dinding2 dapat mengelakkan api dari terus merebak ....
Sabtu semalam, barulah aku dapat menjenguk keadaan yang telah pun terjadi...sedih dan simpati pada MakItam ( nama panggilan pada maksepupu) seorang ibu tunggal, menjahit dan menyulam adalah mata pencarian seharian dismping bekerja di kilang membuat keropok..
Semasa kejadian..menurut katanya semalam...mujur la dia tiada dirumah kerana ke bandar, tapi terkilan juga kerana tidak dapat menyelamatkan barang berharga terutama mesin jahit, mesin sulam dan mesin jahit tepi baju yang menjadi alat penting buat mencari rezeki selama ini.... semoga makitam tabah, sabar dan tenang dalam menghadapi dugaan ini..bab kata makitam " ini semua pinjaman, bila DIA nak, diambil NYA....." dan makitam redha....
Keadaan umah makmertua ..sekarang ni berdindingkan banner2 lama...dan masih tidak berletrik sehingga kini ..













No comments:

Post a Comment