Thursday, November 24, 2011

Setelah 26 tahun berlalu......

semalam....23 November 2011....dah 26 tahun aku melayari kehidupan bersama seorang insan yang bernama suami....dianugerah satu2nya cahayamata.....Adib... dan dikurniakan satu2 insan istimewa... Nadirah.. bagi melengkapkan cabaran dan dugaan dalam mengharungi pahit manis hidup ini......
Alhamdulillah...cabaran & dugaan dapat aku harungi dengan izin dan pertolongan dari Allah SWT...kesabaran, ketenangan, ketabahan sentiasa berada dihati bagi mengekalkan kebahgiaan, keceriaan, kegembiraan...biarpun hidup ini penuh onak dan duri...seringkali jua dilanda ribut taufan diiringi hujan yang berterusan sehingga la pelangi menjelma memadamkan segala gundah  dihati......
Pengharapan yang tak pernah hilang dari lubuk hati aku...biarlah kesudahan hidup ini penuh dengan kedamaian dan ketenangan..walaupun semua itu semakin hari semakin tipis untuk dirasai bersama.....
Kesetiaan?....entah wujud atau tidak....seolah2 menyimpan seribu satu rasa yang tak pernah diluahkan ....kenapa tidak diluahkan? kerna.....
Kemesraan .... semakin lama semakin pudar...semakin tipis...semakin susut kerana dipenuhi oleh seribu penyesalan...kesedihan...kepahitan...kesakitan yang semakin hari semakin tebal dijiwa.....
Luahan rasa yang tidak sepatutnya dititipkan di laman yang indah ini...ketahui lah..demi pengalaman yang dilalui .....biarlah ianya menjadi coretan yang membezakan perubahan seterusnya mematangkan aku untuk membuat satu andaian....." wujud atau tidak...tiada bezanya..aku tetap begini...."

1 comment: