Wednesday, September 15, 2010

KESUNYIAN

Kesunyian akan melanda bila bersendirian....jadi aku mengambil kesempatan ini untuk mengabadikan sesuatu tentang kesunyian di ofis ketika semua rakan masih bercuti raya....satu artikel yang dibaca menarik perhatian dan dorongan untuk dikongsi bersama dlm blog ini supaya ianya tidak hilang begitu saja.......

" Apabila bersendirian ...hati sering dilanda sunyi dan sayu...bahkan tidak keruan jadinya....dan sepi terus menghantui diri apabila terkenangkan sesaorang yang pernah menghuni di hati.....
Ada saatnya kita perlu mengasingkan diri dari sebarang gangguan dan ingin mencari ketenangan apabila hati tergugat dek perkara yang meruntum perasaan. menggetarkan jiwa, bahkan membuakkan rasa cemburu dalam dada......kesepian itu sering mengundang perasaan bukan-bukan.....
Jika masih sukar menepis rasa sepi, cuba kaji diri untuk melakukan perkara berikut :

* MAHA PENCIPTA
Kembalilah kepada Pencipta.Mohonlah petunjuk dariNya supaya perkara lalu itu dapat mematangkan diri.Kita perlu lebih berhati2 dalam menjalani hidup ini dengan lebih tabah dan kuat. Ingatlah setiap kejadian yang Tuhan cipta mesti bersebab dan jadikan sebagai kayu pengukur keimanan kita terhadapNya.

* PERBAIKI DIRI
Jangan sekali2 berubah kerana ingin memenuhi tuntutan orang yang telah meninggalkan kita (contoh bekas kekasih ke, suami ke ), tetapi yang wajar di buat adalah memperbaiki diri dari pelbagai aspek kerjaya dan kewangan serta bina keyakinan diri yang mantap demi masa depan lebih stabil....ditujukan khas untuk adikku zarila .... Ketahui lah apabila kita sudah takluki semua perkara yang dinyatakan dengan keadaan yang baik, di situ juga anda mungkin akan mudah dikelilingi ramai orang yang suka mengambil kesempatan keatas diri kita...berwaspada lah... dan lakukan perkara berikut di bawah...agar kesunyian tidak bertapak dihati dan perasaan.......

* BERCUTI

*JUMPA KAWAN

* BERSENAM

* KEMBALI NAKAL

*BERMESRA DENGAN KELUARGA

* TEROKAI DUNIA BARU

* SUKARELA

* PANDANG KE HADAPAN

No comments:

Post a Comment