Thursday, March 10, 2011

Sepetang di HTAA....

Selepas dapat sms dari Sarah memberitahu yang Wan Malik, kawan sepejabat di Jabatan Pertanian sakit dan berada di wad ditingkat 8 HTAA...aku hubungi Aida untuk mengesahkan nya ..jadi aku kesana petang tadi bersama zat ..nasib la petang ni aku agak fre sebab kakak masih lagi berada bersama ibunya..
sampai di wad 8 tadi...kebetulan pulak aku terjumpa kawan aku masa di MPK dan SuK dulu..Wan Roslan yang juga sakit dan berada di wad berkenaan....dalam waktu tu juga aku baru perasan disebelah depan katil wan roslan ...jiran sekampung suami...iaitu abg halim..beliau juga adalah abg ipar pada kawan baik aku Maziah ..beliau berada dlm keadaan agak kritikal dan serius tidak sedarkan diri...
Ya Allah...sembuhkan lah mereka, dan berikanlah ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan MU ini...
Setelah kembali kerumah dan online fb...aku dapat tau ..Cikgu Normah...guru sementara yang pernah mengajar aku ketika ditingkatan 1 -3 di SMK Beserah sekitar 1973 -1975 dulu2..kembali kerahmatullah..
walaupun arwah tidak menjadi guru selepas itu..aku tetap memanggil nya cikgu apabila kami berjumpa.....sedih dengar pemergian arwah...dan tambah sedih lagi bila tau arwah menghembuskan nafas di HTAA petang tadi semasa aku masih disana...ya la..aku pun tidak mengetahui yg arwah cikgu dirawat disitu..dan dari apa yang diberitahu tadi arwah dimasukkan kerana masalah lutut pada awalnya...
Tiada rezeki untuk bertemu..semoga arwah ditempatkan disisi orang2 yang solihin..dan semoga roh nya dirahmati Allah SWT ...Al Fatihah..

1 comment:

  1. Al-Fatihah...
    Buat Abg Halim (abg ipar sahabat ku Maziah) yang telah kembali kerahmatullah pada keesokan harinya iaitu 10 Mac 2011....
    Buat kenalan ku wan roslan...yang telah menghembuskan nafas terakhir pada malam 13 Mac 2011...
    Moga dirahmati Allah hendakNYA dan di tempatkan disisi para solihin....amin

    ReplyDelete